Posts

Showing posts from December, 2012

Finally!

Image
Alhamdulillah.. segala puji bagi Maha Besar... ALLAH... Dengan sekali lafaz saya telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. Bertahun-tahun menyulam cinta dengan perasaan penuh tanda tanya adakah hubungan kami akan berterusan atau tidak. Syukur akhirnya kami disatukan dalam ikatan yang suci ini.  *** 1. Syukur sangat-sangat sebab ALLAH adakan pertemuan antara kami. Allah jodohkan juga kami di dunia ini. Saya berdoa agar Allah satukan kami sehingga ke syurga.. 2. Sampai sekarang saya rasa tak percaya yang dah bersuami, Dah jadi isteri orang pun.. 3. Rasa lebih tenang sekarang. Paling best masa solat jemaah dengan suami. Allah... perasaan indah sangat. 4. Mula-mula jalan nak pegang tangan rasa segan sangat-sangat. Sampai suami pun perasan saya segan dan dia kata kena biasakan. Sebab bila suami isteri berpegangan tangan maka gugur dosa-dosa melalui celah jari mereka. Allah, dosa selama hidup ni memang tak terkira.. semoga dengan perkahwinan ni makin mendek...

Update Raikan Cinta

Tinggal kurang 10 hari untuk my big day. 1. Bilik tidur mak dan abah dah siapkan.. progress dalam 70%.. tinggal nak gubah bunga untuk sisi katil, bentang cadar dan karpet je lagi.. 2. Pelamin in progress. Buat awal sebab semua sendirian berhad. 3. Dah dua hari abah cat rumah. Alhamdulillah hari ni siap. Cat luar rumah je sebab dalam rumah cat elok lagi. 4. Homestay untuk family Selangor dah settle dibayar tapi belum ambil kunci lagi. 5. Banting saya dah sampai. Lama jugak menunggunya sampai dah mesej CheapCheap kata banting tak sampai lagi. Then elok je dah hantar mesej, barang pun sampai. Alhamdulillah.. Sekarang tengah pening siapa nak gantungkan banting tu.. Rasanya akan mintak bakal adik ipar gantungkan banting.. Direction bentuk A4 dah print. Tinggal gantungkan. Belum rasa nervous lagi.. Tapi rasa excited nak pakai inai..

Tahniah

Image
Classmate... cik awe dan encik ikhwan Classmate.. cik ana dan encik kodiang BFF... puan miza dan encik keri Kawan 1 batch dan senior...pn. sen dan encik tomok.. BS pun ada. Tapi tak bawak saya. Semoga ALLAH memberkati ikatan yang terbina dan mempermudahkan kesemua urusan kita seterusnya..

Merisik

Image
Hari ni takde apa2 aktiviti berkaitan persiapan kahwin sebab mak dan abah dah letih sangat. So hari ni hari rehat. Bosan.... tengok-tengok gambar masa kena risik Syawal tadi. Teringat beberapa perkara menarik. Kena tulis supaya boleh baca kembali pada masa depan. 1. Ada miscommunication antara bakal suami dan keluarga sana sampai tersilap maklumkan masa. Janji nak datang pukul 10 pagi tapi pukul 8 pagi tetiba bagitaw tak jadi datang pukul 10.. Pukul 3 baru datang. Apa lagi, merajuk la orang ni menunggu.. Sempat la jugak menangis dalam 30 minit.. sedih sebab mak dah prepare makan pagi untuk family sana. Then kena pergi pasar prepare makan petang pulak.. Huhu.... Sampai sekarang benda2 penting saya akan suruh bakal suami tanya family dia dua tiga kali supaya tak tersilap lagi. Fikir-fikir balik, nape menangis. Bukan diorang tak jadi datang pon. Hehe... 2. Bakal suami (BS) maklumkan family dia nak datang merisik seminggu awal. Then since detik tu saya punya nervous hanya ALLAH je...