Update Raikan Cinta

Tinggal kurang 10 hari untuk my big day.

1. Bilik tidur mak dan abah dah siapkan.. progress dalam 70%.. tinggal nak gubah bunga untuk sisi katil, bentang cadar dan karpet je lagi..

2. Pelamin in progress. Buat awal sebab semua sendirian berhad.

3. Dah dua hari abah cat rumah. Alhamdulillah hari ni siap. Cat luar rumah je sebab dalam rumah cat elok lagi.

4. Homestay untuk family Selangor dah settle dibayar tapi belum ambil kunci lagi.

5. Banting saya dah sampai. Lama jugak menunggunya sampai dah mesej CheapCheap kata banting tak sampai lagi. Then elok je dah hantar mesej, barang pun sampai. Alhamdulillah.. Sekarang tengah pening siapa nak gantungkan banting tu.. Rasanya akan mintak bakal adik ipar gantungkan banting.. Direction bentuk A4 dah print. Tinggal gantungkan.

Belum rasa nervous lagi.. Tapi rasa excited nak pakai inai..

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas