Merisik
Hari ni takde apa2 aktiviti berkaitan persiapan kahwin sebab mak dan abah dah letih sangat. So hari ni hari rehat. Bosan.... tengok-tengok gambar masa kena risik Syawal tadi. Teringat beberapa perkara menarik. Kena tulis supaya boleh baca kembali pada masa depan.
1. Ada miscommunication antara bakal suami dan keluarga sana sampai tersilap maklumkan masa. Janji nak datang pukul 10 pagi tapi pukul 8 pagi tetiba bagitaw tak jadi datang pukul 10.. Pukul 3 baru datang. Apa lagi, merajuk la orang ni menunggu.. Sempat la jugak menangis dalam 30 minit.. sedih sebab mak dah prepare makan pagi untuk family sana. Then kena pergi pasar prepare makan petang pulak.. Huhu.... Sampai sekarang benda2 penting saya akan suruh bakal suami tanya family dia dua tiga kali supaya tak tersilap lagi. Fikir-fikir balik, nape menangis. Bukan diorang tak jadi datang pon. Hehe...
2. Bakal suami (BS) maklumkan family dia nak datang merisik seminggu awal. Then since detik tu saya punya nervous hanya ALLAH je la yang tahu.. Bila teringat nanti family sana nak datang terus berderau darah dan rasa senak perut. Kecut hati. Tersangatlah nervous. Maybe sebab dah all out nervous masa kena risik sampai dah dekat nak nikah tak rasa apa-apa lagi.
3. Masa merisik adalah first time berjumpa face to face dengan family sana selepas serius dengan BS. Sebelum ni pernah juga jumpa sekali masa tu hanya kawan biasa dengan BS.
4. Mama perasan saya tak pakai spek masa diorang datang merisik. Hehe.. Jaga penampilan. Spek simpan.. Masa mama bawak beli gelang mula-mula nak pakai lens tapi dah expired kot. Tak boleh masuk mata. Gatal. Terus pakai spek..
5. Saya cam kalut masa salam mama dan tok lang BS.. sampai salam pun sebelah tangan. Tapi still cium la.. Masa tu frust sebab mama tak peluk cium. Tapi dah dapat peluk cium dah masa lawat BS di hospital masa dia operation tonsil awal bulan tadi.. hehe. puas hati.
6. Cincin risik jadi cincin tunang sebab mak dan abah kata kira jadi. Tak payah buang masa dan duit buat majlis tunang. Memang saya tak pernah nak majlis tunang yang besar-besar pun.. Tapi agak kecewa sebab mama tak sarung cincin tu.. mak tunjuk pada saya kat dapur then terus letak atas almari. Saya punya la tertunggu-tunggu bila nak sarung cincin.. rupa-rupanya mak dah letak cincin tu atas almari.. sarung sendiri je.
7. Nasib baik jugak mama tak sarungkan cincin tu sebab cincin tu kecik sikit saiznya.. Saya cakap jari saiz 17.. masa beli gelang ngan mama, mama tegur cincin tu nampak ketat. Bila ukur rupa-rupanya saiz cincin tu 16.. patut la ketat..okay, jariku memang gemoks...
8. BS pakai baju kotak2 shortsleeves.. tengok pun dah taw tu baju abah dia.. haha.. rasa kelakar tengok dia pakai baju tu. Ceritanya, dia nak pakai kemeja lengan panjang tapi mama abah kata tak sesuai.. hehe..
9. Dia tak pandang saya langsung masa merisik. Saya je curi-curi pandang dia. Yela, memang saya tak malu.
10. Mak memang tak bagi langsung saya keluar dan duduk depan sampailah mama panggil. Baru duduk depan. Masa mama abah datang hantar duit belanja pun mak siap bagi signal suruh masuk dapur. Memang takde chance langsung nak borak ngan mama. Gaya mak macam mak dulu-dulu even mak saya nampak moden. Siap warning lagi jangan sembang lebih-lebih takur terlepas cakap. Huhu.. Nasib baik tempoh bertunang sampai nikah nanti dalam 5 bulan je..
layan gambar pulak:
Comments