Finally!

Alhamdulillah.. segala puji bagi Maha Besar... ALLAH... Dengan sekali lafaz saya telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. Bertahun-tahun menyulam cinta dengan perasaan penuh tanda tanya adakah hubungan kami akan berterusan atau tidak. Syukur akhirnya kami disatukan dalam ikatan yang suci ini. 

***

1. Syukur sangat-sangat sebab ALLAH adakan pertemuan antara kami. Allah jodohkan juga kami di dunia ini. Saya berdoa agar Allah satukan kami sehingga ke syurga..

2. Sampai sekarang saya rasa tak percaya yang dah bersuami, Dah jadi isteri orang pun..

3. Rasa lebih tenang sekarang. Paling best masa solat jemaah dengan suami. Allah... perasaan indah sangat.

4. Mula-mula jalan nak pegang tangan rasa segan sangat-sangat. Sampai suami pun perasan saya segan dan dia kata kena biasakan. Sebab bila suami isteri berpegangan tangan maka gugur dosa-dosa melalui celah jari mereka. Allah, dosa selama hidup ni memang tak terkira.. semoga dengan perkahwinan ni makin mendekatkan kami kepada-Nya.

5. Saya faham perasaan orang yang masih belum ada rezeki untuk berkahwin kerana saya juga pernah mengalaminya dulu. Lepas kahwin memang berbeza dengan sebelum. Doa. Doa je usaha paling berkesan dalam hal ini. Kami kahwin pun atas kasih sayang Allah yang izinkan. Bila Allah izin, semua jadi mudah. Saya pun tak tahu adakah Allah izinkan saya berkahwin dengan insan yang saya cinta sehinggalah malam perrnikahan kami.. Syukur.. Lama sangat saya berdoa agar kami ada jodoh. Alhamdulillah.. Allah sangat baik. DIA bukan sahaja menjodohkan kami tetapi Dia juga banyak memudahkan urusan pernikahan kami. 


Comments

Admin said…
semoga bahagia sampai syurga,
tahniah :)

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan