Selepas sebulan lebih.
Kerja
- mula2 kami honeymoon dulu. Duduk2 kat rumah je. Sampai sebulan oi.. then baru sama2 mintak guru ganti. Rezeki husband murah sebab dapat tawaran guru ganti 3kali.. so sekarang si dia kerja sebagai guru ganti. Ajar pendidikan islam... baru betul 'suamiku ustaz'. hoho
- aku pulak mula2 kerja kat Pappa Roti. Tahan daulat seminggu je sebelum cabut. Masa kerja terlalu panjang. Sabtu ahad pun kerja. Kesian sangat tinggal suami sorang2. Then aku kerja jadi pembantu taska. Masa kerja sampai 11 jam tapi gaji tak berbaloi. So, berhenti. Sekarang jadi suri rumah sepenuh masa je sebab husbang pun dah tak bagi kerja. Tunggu posting je.. sementara ada masa ni layan suami betul2. Nanti dah posting belum tentu ada masa nak buat macam sekarang. Sementara ni membiasakan diri dengan tugas2 seorang isteri sebelum jadi ibu pulak. Huhu...
Anak
-Setakat ni belum ada apa2 tanda lagi.. abg dah tak sabar nak timang anak. Mula2 dulu aku takut nak pregnant sebab takut sakit bersalin.. tapi lepas jaga budak2 yang comel kat taska hari tu tetiba je rasa dah ready nak anak sendiri.. So, doa2kanlah yang terbaik.. Bila sampai masanya adalah rezeki kami.
Posting
- Terlalu banyak rumors sampai aku dah bosan. Bila sampai masa nanti posting la kan.. Allah dah tetapkan masa yang sesuai untuk itu. Doa yang terbaik je.
Rumah
-Lepas kahwin aku n abg decide tak menyewa luar sementara tunggu posting ni, gilir-gilir duduk rumah mak dan mama. Untung rumah mama n mak dekat je. Dalam 20 minit perjalanan naik kereta. So tak ada masalah nak ulang alik bila perlu.
Isteri
- Jadi wife ni tak semudah yang aku bayangkan sebelum kahwin.. Pernah jugak menangis sebab tak dapat manage masa lepas kahwin. No more lepak2 goyang kaki sepanjanga masa sebab ada someone yang kita kena fikirkan keperluannya. Makan minum, pakaian dia.. huhu.. mula2 rasa letih sangat2.. yelah dulu tak payah fikir pasal orang lain, fikir diri sendiri je. Yang paling susahnya pada aku lepas kahwin ni : taat. Taat pada semua yang suami cakap sangat2lah mencabar sebab aku jenis keras kepala. Adoi... banyak jugak dosa dengan suami even baru je kawen sebulan lebih. Bak kata UAI, masam muka dengan suami pun dah kira derhaka. Huuuuuuhuuuuu... So, nak kawen biar prepare betul2.. kena belajar muka manis selalu n taat suami selalu selagi tak bercanggah dengan Islam. Abang pulak kalau aku buat salah apa2 terus dia ingatkan, 'mintak maaf cepat2 nanti berdosa'.. Huhu... Biasa la kan, ego tinggi tapi abang akan cakap baik2 'jangan ego.. nanti abg marah, Allah marah.' So... cium la tangan suami mintak ampun. Setakat ni hari2 mintak ampun ngan suami. Takut gak mati tetiba tak cium bau syurga pulak kalau suami tak redha. So, kalo tak kawen lagi, buat la preparation yang sepatutnya.
Nanti cerita hal mertua pulak.. :)
BTW, best taw kawen.. :)
Comments