Update bulan Jun

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik perut dah memboyot tanda anak makin membesar. Tinggal baki 2 bulan lagi.. kejap je dah 7 bulan. 

Sepanjang cuti yang lepas semua plan dapat dilaksanakan. Paling best dan excited sekali scan 3D baby.. cute sangat anak ibu. Mula-mula mengiring. Lama doktor pujuk sebab nak tengok muka dia. Gender pun dah tahu tapi saya still beli barang baby yang universal. So in case doctor tersilap tengok tak la haru sangat. huhu...

Sekarang baby dah rasa makin berat sebab nak jalan pun kena slow2 sebab rasa macam ada tekanan sikit kat bawah. Saya still di pedalaman. Lagi 3 minggu baru dapat balik rumah untuk cuti bersalin. Itu pun minggu terakhir yang boleh naik kapal terbang. Apa nak buat, kerja di perantauan.. Sedih pula nak tinggal husband. Nak tunggu sini pun bahaya sebab hospital jauh... perjalanan naik bot 2-3 jam. Naik kereta 1-2 jam baru sampai hospital. Bahaya. Doakan baby keluar di semenanjung nanti dengan mudah dan selamat ye.

Last check up masalah baru saya hb rendah. Makin rendah. Setakat ni usaha apa yang mampu je sebab dalam hutan ni mana lah nak dapat benda2 yang ada kat bandar2. Husband la sanggup study cari benda makan yang boleh naikkan hb. Sebagai usaha sahaja. ALLAH juga yang tentukan semuanya. Semoga anak membesar dalam rahim dengan sihat. Abahnya dah usaha belikan kerang, kekacang, susu, hati ayam dan bayam. Nak dapat benda2 ni hari2 memang takde la.. Seminggu sekali pun dah syukur sangat. 

Baby makin aktif sekarang. Nak tidur malam pun kena pujuk dia suruh tido sama sebab bila dia tendang boleh terkejut saya. Susah nak tido sekarang. Tak macam first trimester. Pukul 8 dah masuk tido. Bangun isyak then tido semula. Sekarang pujuk mata bawak tido pun lama baru dapat lena. Saya tak dapat tidur mengiring ke kiri sebab perut jadi sakit sangat n sesak nafas. Mengiring ke kanan pula makin kuat dia tendang. Dia banyak duduk sebelah kanan perut. Paling selesa tidur terlentang tapi tak lama lepastu sakit pinggang yang teramat. Pengorbanan ibu kan.. teringat kat mak n mama.. huhu.. Demimu anak.. tendang2 ibu pun ibu usap2 je pujuk suruh bertenang.

Isnin lepas suami kursus. Duduklah saya 4 hari ngan baby sebab sekarang musim kemarau so perahu tak dapat nak turun. Suami turun tumpang orang. Terasa sedihnya pregnant sorang2 takde suami di sisi. Semua kerja rumah yang biasa dia buat saya kena buat sendiri. Teringat kawan2 yang mengandung tapi PJJ dengan husband masing2. Korang memang kuat. Hari pertama memang menangis jugak la. Tapi baby baik. Dia faham ibu dia duduk sorang, takde pulak rasa sakit2 tapi dia berenang2 je sampai tergelak2 seorang dibuatnya. Alhamdulillah Allah bagi rasa pengalaman ni. Semoga semua wanita dapat merasa pengalaman ni juga. 

Lagi 3 minggu berjauhan lagi dengan suami. Ala.. rindu teramat la nanti.. Harap ibu dan baby kuat berjauhan dengan si suami dan abahnya.

Comments

nmS said…
murni, best kan baby gerak2....rinduuunya baby dlm perut..hehe..nt dah bersalin, gtau tau. mesage.hehe

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan