Posts

macam tu aku pun boleh

Kalau dengan geleng kepala n cakap 'saya tak tahu" kau boleh elak kerja, aku pun boleh buat macam tu... mentang2 la aku baru mengajar, ko berani je tuding2 jari serah kerja kat aku... (bukan cikgu sekolah saya)... hampagas..

Kursus...

2 minggu yang penuh dengan kursus... minggu ni literasi bahasa inggeris 2.0 pulak.. husband kursus pedagogi math.. huhu... takde rezeki lagi bulan ni.. sedih sgt tapi mungkin ada ganti yang lebih baik..

Salam Syawal..

Image
Update dari Nanga Entalau, Lubok Antu, Sarawak.. Syawal kali ini sememangnya lagi bermakna dengan kehadiran suami di sisi. Meskipun begitu, syawal kali ni juga agak lain kerana pertama kali tak beraya dengan keluarga sendiri. Paling tak best, raya kali ni takde gambar raya langsung. :( Nak masuk 8 bulan saya menjadi isteri tapi masih lagi belum ada rezeki untuk bergelar ibu. Biasa la manusia bila tengok kawan2 yang kahwin lewat dari kita dah berisi, sedikit sebanyak emosi turut terusik. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami. Inshaa Allah.  Duduk di sini tak susah. Duit pun tak keluar sangat. Yang susahnya bila nak keluar ke bandar. Sekarang musim kemarau. Air sungai cetek so tak boleh naik bot. Mujur jalan darat dah ada tapi seberang sungai di atas bukit. Mula2 kena seberang sungai dulu then kena panjat bukit. Allah tahu kalau saya pregnant mungkin saya tak kuat untuk buat semua tu. Buat masa ni saya masih lagi duduk asing dari suami. Husband di rumah guru b...

Snapped

I snapped at my pupils today during music lesson.. sebabnya.. aku rasa mereka main2 masa lesson muzik. then, melihat tangan kecil itu terketar-ketar menutup lubang-lubang rekoder menyebabkan aku tersedar... i snapped at my pupils.. rasa bersalah.. down... Sebenarnya salah aku sebab aku tak tahu macam mana nak ajar muzik. Aku study cara nak ajar rekoder. Aku baca nota-nota di internet. Then bila aku masuk kelas dengan harapan diorang pandai macam yang aku harapkan. Actually aku dah letak 1 aras tanda yang tinggi pada dyorang.. I feel like i'm a bad teacher now...

Selepas 2minggu di sini.

Alhamdulillah semua okay di sini. Maggi 10 bungkus yang saya beli pun hanya luak 1 bungkus sahaja.. maksudnya makan di sini cukup.. tak pernah lagi kelaparan.. Budak2 di sini subhanallah kuat.. boleh angkat 1 kotak air mineral besar sorang2 naik bukit untuk hantar ke rumah cikgu dari bot. Sampai je sekolah even barang2 banyak dan berat tapi jangan risau, murid-murid dah sedia menunggu di tepi tangga untuk angkat barang2 cikgu naik ke atas. Tanpa mengharap balasan! Ada lagi baki 2 minggu sebelum balik beraya di semenanjung.. tak boleh keluar selalu sebab memakan kos tinggi.. bot pergi balik dah RM100. Hotel lagi, makan lagi... huih.. better duduk je diam2 dalam sekolah ni.. duit tak luak.. dahlah gaji dijangka masuk bulan 9.. adoi.. sabar je la..

First Posting

Image
Testing2.. Alhamdulillah saya selamat sampai di SK Nanga Entalau.. banyak pengalaman baru.. suasana yang sebelum ni hanya dilihat dalam tayangan sahaja kini dirasai sendiri. Semoga ALLAH beri kekuatan kepada saya.. amin.. 3 jam menaiki perahu panjang..Gambar sebelum bertolak ke sekolah di Pengkalan Murat.

Pembedahan Ovarian Cyst

Salam.. Alhamdulillah dah hampir 2 minggu berlalu sejak saya menjalani pembedahan bagi membuang cyst ovari. Permulaan... Saya mengetahui saya mempunyai ovarian cyst semasa hari saya keguguran. Mula2 saya pergi ke Taiping Medical Centre dan jumpa doc pakar bahagian O&G untuk check pregancy sebab hari tersebut saya mengalami pendarahan secara tiba-tiba. Masa doc tu buat scan ultrasound dia nampak ada satu bulatan di luar rahim tapi dalam rahim kosong. Dia suspect saya mengandung luar rahim. So, dia suruh tunggu lagi 10 hari. Mama dan abah mertua suruh tunggu sekejap sebab nak bawa saya ke Hospital Columbia Asia sebab sebelum ni mama dan kakak ipar saya biasa dirawat oleh Dr.Khairul (Pakar O&G). Di Hospital Columbia Asia... Masa tu dah bleeding teruk gila. Macam first day period. Dr. Khairul pun sama jugak buat ultrasound check. Tak macam doc sebelum ni Dr. Khairul nampak je bulatan dalam imej scan tu, dia terus suspect saya ada cyst... huhu.. blur.. masa ni pening2 m...