AJK TEKNIKAL yang blur.

Benci betul bila nak hantar post kena fikir tajuk dulu. So, tajuk kemudian. Nasibla tajuk apa nak naik nanti. Sememangnya minggu ni sangat penat. Seminggu dah asyik sakit kepala. Nak kata tak cukup tidur, tiap-tiap malam tidur sebelum pukul 1. Tapi tidur petang memang 'terkorban' la. Minggu ni kena submit assignment BI dan portfolio. Esok ada lagi satu lesson plan perlu dihantar. Argh!!!

Menambahkan best lagi, minggu ni sukantara. Saya dan kawan-kawan sekelas bertuah terpilih menjadi ahli jawatankuasa teknikal. Maknanya? Mengangkut alatan untuk acara padang seperti lompat jauh, 100 meter dan lontar peluru di tengah terik matahari. Wow... sunburn camping belum habis. Tambah lagi sunburn sukantara. Nak sangat jadi cikgu kan.. Hambik. Dari zaman sekolah sampai sekarang kena turun padang untuk sukantara. Apa yang best jadi ajk teknikal? Best la jugak sebab baru tahu nak lompat jauh kena sediakan alatan apa. Bukan setakat pasir yang menjadi tempat pembuangan najis kucing pada zaman sekolah dulu. Baru kenal besi penanda, pita pengukur (sebelum ni kenal pita pengukur baju saja), peraturan lompat jauh. Oh, baru kenal. Almaklumlah, dulu selalu 'lari' daripada latihan sukan. Atlit semestinya bukan saya. Masuk pulak stor sukan institut yang sangat 'indah'. Ohh.... besi berkarat.. tilam berhabuk dan penuh dengan najis cicak. Kena pulak cari paku untuk lompat tinggi. Paku? Paku kayu kenal la..Huhu.. kalau suruh cari rice cooker, saya kenal. Suruh saya cari bawang, minyak, kuali, lagilah saya kenal. Suruh cari clipboard? Besi penanda? Paku? Err... blur sebentar. Bagus jugaklah belajar sekarang. Nanti esok lusa tak adalah malu tak kenal benda-benda sukan ni. 

Rakan sekelas masuk hospital Rabu tadi. Ketumbuhan dalam rahim. Semoga cepat sihat. Operation dah dijalankan. Get well soon, dear Farhana. Semoga saya dan rakan-rakan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan