Salah siapa?

Minggu ni terperap kat bilik padahal blok kosong.. kosong? Agak hiperbola di situ. Tak adalah kosong tapi orang duduk Melaka dan Terengganu pun balik. Saya yang perjalanan ke rumah  mengambil masa sejam lebih pun terperuk kat blok antik di maktab nan indah ni... Oh..tidak... bosan tak payah cakap la. Tapi. Agak bangga sedikit kerana telah berjaya menyapu bilik yang penuh dengan rambut gugur setelah lebih seminggu terbiar. Sempat jugak basuh pakaian kotor secara manual. Tanpa menggunakan mesin basuh. Bukankah membanggakan berjaya menyelamatkan RM3 daripada menjadi upah kepada mesin basuh tersebut bagi mendobi pakaianku? Oh...bangga sedikit. Berjaya juga tidur sampai lebam. Ops.. ini tidak membanggakan kerana menambahkan sakit kepala sahaja. Kenapa saya tak balik minggu ni? Big boss said that his parents will come this weekend. Suddenly, tak sure pulak datang ke tidak. In addition, my mum tak bagi saya balik. Sedih kan... isk..isk..

Hari tension teramat sangat: Khamis
Waktu kemuncak ke'tension'an: petang.. around 4.30pm
Watak penyebab tension: our mama
Tragedi: 

Sepatutnya kena submit assignment pukul4 tapi agak lewat sedikit sebab tolong kawan susun fail. Konon nak cepat, pinjamlah kereta my beloved big boss. Parking pulak tak dapat. Dapat port baik punya pun depan HEP. Konon nak park situ sekejap la. Tetiba pulak pensyarah disiplin tu lalu. Siap jeling lagi. Takut pulak kalau nanti kereta tu kena akta 174 (kereta ye, means my big boss la yang kena nanti) so.. keluarlah saya dari port parking yag best itu lalu park kereta di tempat lain. 

Sampai je tempat berkenaan, kena sound sebab lambat. Aisy.. saya ni pulak tak reti nak menyorok. Say sorry je la sebab salah sendiri. Masa kena isi borang kolaborasi, mama said it is confidential tapi mama tu tengok jugak apa yang saya isi. Dia marah sebab saya bagi full marks untuk my partner. 

Eh.. tak cakap pun "Awak tak boleh bagi markah penuh untuk kawan awak." So, salah ke saya isi markah penuh. Tak faham betul la. Dah pulak, marah-marah kata kata kami semua menipu. Isk...mencabar keimanan betul. 

Ikut hati, nak je cakap "Puan, saya dan kawan saya betul2 bekerjasama dengan baik untuk siapkan assignment puan. Takkanlah puan nak saya menipu cakap saya seorang yang buat assignment tetapi kawan saya tidur sepanjang saya buat assignment ni. Bukankah itu tidak benar. Puan suruh saya menilai kawan saya. Inilah nilaian saya. Dia berhak dapat markah penuh sesuai dengan kriteria yang puan nyatakan. Salahkah saya menilai? Saya yang bekerja dengan dia, puan..Salahkah saya?" 

Bukankah ikut rasa binasa, ikut hati mati. Maka terendamlah dialog tersebut dalam hati. Esok lusa bila dah jadi cikgu, pesan siap-siap pada anak murid. Jangan bagi kawan kamu markah penuh kalau kawan kamu tak buat kerja. Tapi, kalau kawan kamu buat kerja..bagi markah yang sesuai. Markah penuh adalah DILARANG. Barulah takde murid yang isi markah penuh. Puas hati!

Comments

Tulip said…
huhu...ala...bagi la peluang org jauh balik...hehehe...

huhu...xnak ngaku mama...just nak ngaku pensyarah...

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan