Fesis malam tadi

Aktiviti tahunan macam biasa, Festival Nasyid institut. Pergi pun macam biasa dengan girlfriends after cepat-cepat buka puasa, cepat-cepat bersiap dan terlalu cepat pulak ahirnya sampai bawah dewan.

Secara keseluruhan:

1. Agak bosan sebab dengar lagu yang sama setiap tahun.

2. Orang yang sama menyanyi untuk 3-4 group yang berbeza. Oh, my... tukar baju je. Kami mengharapkan dapat tengok kumpulan dengan ahli yang berbeza-beza.

3. Tak meriah. Tak ada penyambut tetamu. Even untuk peringkat saringan je. Let us see meriah ke tak Thursday ni.

4. Pemilihan lagu nasyid yang slow sampai rasa mengantuk. Dah la lagu slow, penyanyi pun wat slow.. Huaarrrghh...!!

5. Kumpulan nasyid maktab memang the best. Meremang bulu roma dengar persembahan. Movement pun seragam dan bersemangat. Macam ni la!

6. Saya rasa banyak kumpulan yang less practise. Ada yang lupa lirik + percussion bunyi tak sama + penyanyi lari tempo.

Apa-apa pun, kagum jugak la dengan semua yang masuk malam tadi sebab ada masa juga untuk join program ni even sibuk dengan assignments.

P/s: Teringat tahun sudah ada kumpulan senior yang dah posting sekarang nyanyi lagu Barakallah..hebat betul masa tu. Kumpulan-kumpulan memang bersaing sengit.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan