Anti sosial?

Saya sedar saya ada masalah yang satu ni.
Kebimbangan setiap kali pergi ke tempat baru ialah proses berkenal-kenalan. Masalah betul!
Mungkin sebab saya kurang peramah.
Sejak zaman kanak-kanak lagi saya bukan jenis yang berkawan secara kumpulan.
Seingat saya, saya ada 2 orang kawan baik sahaja masa tu. Perangai saya pulak kalau boleh orang lain tak boleh kawan dengan 2 orang kawan baik saya tu sebab saya rasa they were mine! (teruk sungguh la...)

Masa sekolah menengah saya ada seorang sahaja kawan baik sampailah saya tingkatan 3. Disebabkan best friend tu berpindah, saya mula cari kawan untuk dijadikan kawan baik. Start tingkatan 4 la saya baru pandai berkawan secara kumpulan. Sebelum ni bukan tak berkawan dengan orang lain... kawan juga tapi just friends. So saya ada 4 orang kawan baik sampai habis SPM sebelum masing-masing bawa hala tuju masing-masing.

Time matrik pula saya ada seorang kawan baik sekuliah dan 2 orang roomate which are also my bestfriends.

Semua aktiviti saya akan buat dengan bestfriends. Kalau kawan-kawan biasa ni jadi macam janggal pulak nak ajak teman pergi mana-mana. Maybe style saya berkawan ni sebabkan saya jadi tak pandai bergaul. I used to be with the same person all the time. Nak buat apa-apa pun, dia lah. Semuanya dengan dia. Tak ada orang lain pun tak apa asalkan ada dia.

Masa zaman sekolah. hidup saya just rumah dan sekolah. After school hour memang takde aktiviti dengan kawan-kawan sebab kawan-kawan saya duduk jauh-jauh. So balik je dari sekolah memang saya selesa duduk dalam rumah je. Sebab tu masa Farewell Dinner Prefects saya dapat gelaran Miss Homely.

Pernah sekali sampai nangis-nangis pergi hantar kuih kat rumah jiran masa bulan puasa. Mak kata nanti mati takkan nak masuk kubur sendiri. Memang trauma betul la kena paksa gi rumah jiran. Saya suka rumah saya je. Boleh?

Zaman keramahan saya yang terlampau masa zaman matrik. Saya buat kawan ramai-ramai sebab saya suka tegur orang dalam toilet. Even tak kenal nama tapi boleh je bersembang dengan sesiapa je dalam toilet masa cuci baju, gosok gigi, amek wudhuk, tunggu turn mandi.. 

Sekarang? Nampak adik junior pun wat dono. Nampak senior senyum2 je. Nampak batch sendiri kadang-kadang tego2 gitu je la. Berat nau mulut ni.

Masalah makin serius bila kena pergi sekolah untuk praktikum. Jem!

Masalah pertama : Saya tak peramah
Masalah kedua: Cikgu-cikgu lebih berumur sampai tak tahu nak sembang apa. Panggil semua kak padahal ada yang umo lebih tua dari mak saya.
Masalah ketiga: Saya suka perasan yang orang tak suka saya. Jem! (sape tau ubat penyakit ni??)

Masa masuk bilik guru rasa macam tak ada hidung.
Nak salam pulak ngan semua orang. Bukan semua orang peramah dan treat us nicely. Nanti ada yang buat muka tak suka mulalah saya malas nak tegur dah.

Saya tak reti nak bersembang macam mana.
Tolonglah!!!

Stakat tanya 2,3 soalan pastu otak blur.
Maybe sebab saya jenis pendiam.
Tapi dengan certain orang saya takla pendiam mana pun.

Tak tahulah punca masalah ni apa.


P/s: Nak bersosial dengan keluarga mertua nanti...satu lagi masalah!

Comments

Anonymous said…
salam,sis.actually my advice to u,is start with a little thing. maksudnya, mula2 ckap benda2 simple for example about org tu, tnye die about themselves , their lives, kadg2 bnda kecik ni akan start dengan prkara yg besar n lebh menarik. try n u'll know it :)

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan