Bahagia

Aku bahagia dapat duduk rumah, makan tido sampai badan gemok..
Ups...
Bab badan gemok tu aku tak bahagia.
Aku hepi sebab bangun pagi tak stress kena pergi sekolah.
Boleh tido awal (awal ke? Dok tido pukul 12 gak bila takde keje. Bila banyak keje mula lah nak tido awal.)


Makin ramai kawan2 kahwin ngan bertunang. Comelnya diorang..
Aim aku memang nak kurus sebelum majlis.
Aku ni memang orang jenis kuat berangan.
Planning aku memang jangka masa panjang punya.
Cuma planning aku kadang2 bercampur yang relevan dan tidak je.
Nak kurus menda? Balik umah, mak masak sedap mulalah aku hadap pinggan tak ingat diet.
Masa tu, melayang la sume planning aku. waaaaa!!!!

Aku ni antara mangsa eh. boleh la..mangsa kadar metabolisma rendah. Aku makan terlebih maka cepatlah gemok. Orang yang kenal aku akan tahu macam mana aku struggle untuk kurus. Dan...kelemahan aku cepat sangat berpuas hati. Dah turun 7-8 kg, aku dah enjoy. Uhuk2... dan orang-orang yang kadar metabolisma tinggi takkan faham perasaan orang macam aku.

Situasi:

Aku baru nak makan nasik, sorang cousin 'tersayang' tetiba tanya "Dah berapa pinggan?"
Aku kata "Baru nak makan."
"Yeke?? Bukan dah 3 pinggan ke??"

Aaaa!!!!! Kalau kau bukan sepupu aku memang aku sembur dah.
Apa kau ingat aku gemok ni kuat makan ke?? Eh.
Kau baka kering kontang boleh la nak berlagak ngan aku.
Takpe2..kadar metabolisma kau takkan selamanya tinggi. Kau tunggu la nanti.

Sedih gak bila orang dok perli-perli. Sedih sebab diorang tak tahu betapa struggle aku nak kurus. Sdih sebab diorang tu bukan pernah gemok pun. So, diorang tak tahu perasaan orang gemok macam aku.

Situasi:

"Tak makan ke?" Merujuk kepada cousin aku yang lain.
Ada plak mak cik yang terlebih prihatin tolong jawabkan.
"Dia makan sikit je. Tengok la badan dia." Sambil tengok aku atas bawah.
Ok, aku memang gemok, aku makan banyak.

Situasi bila aku diet:

"Ei... apa diet2 ni.. time muda2 macam ni, makanla apa boleh makan."
Pulak....................

"Cara awak diet ni salah. Awak taw tak yang nasik tu bukan punca kita gemok. Kita kena makan nasik 3 kali sehari. Malam pun kena makan."

Macam-macam.

Kalau yang nasihat tu dulu gemok then dia diet sampai kurus nak nasihat aku, takpe jugak. Ni.. kau dulu kurus sekarang da gemok, kau nak nasihat aku pulak. Mana buktinya nasik tu tak menggemokkan kalau amalan pemakanan kau tak dapat buat kau kurus pun.

At least, support la.. kau taknak kurus sudah. Jangan halang niat baik orang.
Kalau kau dah kurus baguslah. Jangan nak menghina orang. Kau tak tahu betapa susah payahnya orang tu nak dapat gaya pemakanan yang betul.

eh. tajuk entri ni bukan bahagia ke??

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas