Hebat betul

Aku memang teror la.. dah sebulan lebih praktikum, Action Research aku tak gerak lagi pun. Mampos!!!

Aku tak faham la GSTT yang duduk kat blok aku ni. Suka buat bising. Main kejar-kejar macam budak2. Suka basuh baju berjemaah sampai banjir toilet paras ni. Tu tak termasuk lagi suka buang segala jenis sampah dalam tong sanitary. Taw tak tu tong untuk tuala wanita je??????? Adoi la. Kotak ubat gigi pun ada kat situ. Kau pakai kotak ubat gigi as pad ke?

Ada lagi. Pas membuang tak flush. Busuk gila toilet tu. Ada yang kencing dalam shower room. Padahal dalam tu takde longkang langsung. Baru-baru ni pulak ada yang tinggal pad tak basuh langsung atas tempat sabun dalam toilet. Mana letak common sense diorang pun tak taw la. Apa dia ingat ada tukang cuci pad ke?? Masa mandi suka bukak forum then cakap jerit-jerit dalam shower room. Pening betul! Macam-macam bahasa ada. Kalau aku paham takpe la jugak.

Time orang nak solat especially maghrib, time tu jugaklah diorang bersesak-sesak masuk toilet. Petang-petang aku nak tido diorang boleh pulak bersembang depan bilik aku. Kalau cakap biasa-biasa takpe la jugak. Ni bersembang ngan orang side nun di sana... paham tak? Kau tengah tido tapi ada orang dok menjerit depan bilik kau? Aku tendang jugak pintu ni. Aku nak tampal sign ni depan pintu bilik:


Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas