Posts

Terapi diri

Image
 Assalamualaikum..       Setelah sekian lama. Kembali menulis kerana perlu tempat untuk meluah. Aku sorang je ke yang selalu rasa aku pilihan terakhir? I'm the last on the list? Am I too bad? Am I not worthy? Why am I here? Why? Why? Why am I too sensitive? Kenapa aku tak boleh jadi orang yang lebih tenang?  Kenapa aku asyik fikir negative? Orang tak sayang aku hatta ibu sendiri pun tak sayang aku. Family sendiri pun tak suka aku inikan pula orang lain.      Aku cuba jadi lebih baik tapi aku tak dapat ikut rentak orang. Adakah aku ditakdirkan macam ni sampai bila-bila? Hari-hari cuba positifkan diri tapi bisikan hati memang sentiasa negative. How to cope this situation? I need help but I don't know how? I hate being me.

Ujian

Update diri since last post: Tahun ni umur dah berganjak ke kepala 3... Dah makin tua dah.. 30tahun... Pada 2/4/2018 yang lalu saya selamat melahirkan puteri kedua. Sama macam kakaknya, secara czer..  Alhamdulillah masih berkhidmat di sekolah yang sama.. Dah tahun ke-6..mungkin hujung tahun ni dapat pindah balik Taiping. Rumah baru dah siap..total cost RM230k. Puteri kedua dah masuk 6bulan. Sejak lahir semua ok..until umurnya sebulan... Balik dari hospital tiba2 perangai berubah.. Susah tidur bawah..perlu buaian..mudah menangis lama sukar dipujuk... Jumpa doc paed disuggest supaya biar baby menangis dalam 10minit baru pujuk.. Kalau x nanti baby biasa nak dukung ja.. Ok.. Kami apply nasihat tu. Sejak umurnya 2 bulan dah 3 orang ke 4 orang ustaz termasuk bidan kami jumpa untuk ubatkan penyakit kuat menangis dia.. Menangis xda tolak ansur punya.. Sampai hilang2 suara menjeritnya.. Lama2 kami adapt.. Umur dia hampir 3 bulan cuti bersalin saya nak habis dah so bawa baby ke Saraw...

Since the last post.

Image
Salam dan hai kepada blog yang takde reader ni. Haha.. Sejak post terakhir pada 11 Oktober 2014. Update tentang kehidupan hingga tarikh hari ini, 19 Mei 2017. 1. Alhamdulillah husband, our princess and me sihat walafiat. 2. Masih bertiga. Semoga tahun depan ada rezeki Aufa jadi kakak. 3. Masih di Lubok Antu. Masih di sekolah yang sama. Masih takde line telefon di sekolah. Hanya line wifi yang semakin teruk. Tapi yang best tido malam sejuk. Udara segar sepanjang hari. 4. Posting ber4, sekarang tinggal ber2. Sorang dah pindah Johor. Seorang lg pindah Klang. Rezeki kami suami isteri masih di sini. Takde hal. Asalkan bertiga dengan anak. Kenangan masa baru posting. Tinggallah yang tengah tu..Nasib baik ada suami dan anak sama2. Tinggal 8 orang je. Yang lain tukar baru dah semuanya. Dalam tempoh 4 tahun ni. Budak kecik ni pon nak masuk 3 tahun dah. Siang malam kalo tak upin ipin, pada zaman dahulu, sinchan tak pun robocar poli.

Anniversary

Image
Semalam dok tgk kalendar.. 9 Nov.. Birthday siapa ye? Macam familiar je tarikh ni.. Tetiba rasa nak godek2 blog.. " 7 YEARS 1 DAY" Dah 10 Nov pun sekarang baru teringat semalam ulang tahun ke 7 saya dan suami. 7 tahun lepas suami meluahkan perasaan kepada saya.. huhu. Tetiba leh terlupa pulak tarikh penting. So, untuk suami yang sama2 lupa anniversary kita... tahun ni abg di Sarawak dan saya di semenanjung menghabiskan maternity leave saya.. even tak dapat sambut dengan makan kek sesama cam selalu, saya nak ucap terima kasih untuk semuanya abg.. abg hadiah paling berharga dalam hidup saya. Aufa juga. I love u!

Hakuna Matata

SALAM.. Ada satu hari dok cari maksud benda ni. Dr hasil google, it means jangan risau. Sekarang tgh dok risau pasal cuti bersalin yg aku-tny-ko-xgtaw-bila-abes then suddenly nt ada panggilan masuk kerja, padahal baki lg seminggu je pon. Haaihhh... stress.. nak minx cuti tanpa gaji pon xbleh sbb kerani xgtaw ag bila exact date abes cuti.. sabarr je la.

Kelahiran Aufa Afiya

Image
Pengalaman saya lahirkan anak pertama ini taklah menarik sangat pun sebab dari minggu ke39 sy dah dimaklumkan bahawa saya akan melahirkan melalui pembedahan.. siap dr suruh pilih 29hb or 2hb.. paling elok dr suggest 29hb sbb tak terlalu lewat dan kebetulan hari tu hari jumaat... Suami saya balik awal dari Sarawak sebab nak luangkan masa dengan saya hujung2 pregnancy. Sempat juga la gi dating berdua ngan perut yg sarat. Hari yang dijanjikan, saya dah siap2 packing beg untuk ke Columbia Asia Hospital, Taiping. Pukul 8 admit ward. Then tunggu doktor datang check jalan lagi.. mana lah taw ada rezeki bersalin normal..  Dalam pukul 9.30 pagi doc datang n check jalan. Kali ni check jalan agak sakit. Mungkin saya terpengaruh dengan cerita2 orang yang check jalan tu sakit padahal sebelum ni okay je.. Doc kata xboleh juga sebab kedudukan baby tinggi xturun lagi.. huhu sabar je la anak ibu nak keluar ikut tingkap ye.. Lagipun saya takde contraction langsung dan bukaan pun tak ada. ...

Cerita balik check up..

Maybe hari ni adalah check up terakhir... huhu... alkisah... Datang pukul 9.45 pagi ke hospital columbia dengan adikku. Doc ada operation so tunggu punya tunggu, kol 11 baru dapat jmpe doc.. Datang2 nurse dah tanya soalan lazim setiap kali datang... xsakit lagi? sambil tangan usap perut yang boyot ni... "Apa yang syok sangat dok dalam tu??" tanya nurse yang comel tadi... hehe Doc pun tanya... xsakit lagi? x... Doc check jalan (seluk).. hmm... xde bukaan langsung dan bad news... rahim tinggi... xrasa kepala baby langsung. Scan baby... semua okay even air ketuban dah kurang sikit tapi still okay.. Berat baby estimate dlm 3.5kg... Bincang2 lama doc pk... finally KENA OPERATE!! Pilih2 tarikh... yang terbaik Jumaat ni... 29/8/2014.. Sayang ibu nak keluar ikut tingkap ye?? Tanya doc lagi... xboleh bersalin normal? Terlalu berisiko.. at the end doc risau berakhir dengan pembedahan jugak sebab.. rahim tinggi, jalan tak buka langsung.. Baby besar sangat ke doc? X.....