Posts

Showing posts from August, 2010

Bakul angkut air. Boleh?

Ramadhan ke 12. Alhamdulillah, bernafas lagi sampai ke saat ini. Assignment sudah tak sabar-sabar nak ditanda oleh pensyarah. Students pulak tunggang langgang tak cukup tangan nak siapkan tugasan. Aish... bilalah nak berubah penyakit keturunan ni. Hehe.. buruk-buruk salahkan keturunan. Padahal kau yang pemalas. Pagi tadi ada talk yang sangat best. So, saya nak share la satu cerita yang dapat masa talk tadi. Setiap hari, seorang ayah akan menyuruh anaknya mengangkut air dari sungai dengan menggunakan bakul. Boleh bayang tak bakul? Bukan baldi tapi bakul. Of course la air akan keluar sebab bakul kan berongga. Setiap hari bapa ni suruh anak dia angkut air dengan bakul tadi. Sampai satu hari, si anak bertanya, "Ayah, kenapa hari-hari saya kena buat kerja yang sama. Tak mendatangkan hasil pun. Bukannya ada air yang dapat saya bawa balik. Kalau nasib pun adalah setitik dua." Si ayah menjawab, "Memang tak ada air yang dapat kamu bawa balik tapi kamu perasan tak yang ...

Bila awan cuba bersuara

"Saya sedih." Kata awan. "Kenapa awak sedih?" Tanya matahari. "Tak tahu." awan tunduk. "Awak bermain sangat ngan emosi. Bahaya." Nasihat matahari. Awan diam... "Saya sedih sebab awak." jawab awan di dalam hati. Tak semua benda kita mampu cakap walaupun kita nak sangat-sangat cakap. Awan sedih kerana matahari. Awan berharap sangat matahari faham tapi dia tak mampu nak beritahu matahari sebab dia bersedih. Tak mampu beritahu. Walaupun awan sangat-sangat berharap matahari tahu sebabnya. Tak mampu. Banyak perkara kita boleh berkongsi pendapat. Tapi...yang satu ni. Tak mampu. Betul2 tak mampu. Tak cukup berani. Awan masih mendung. Matahari masih memancarkan sinarnya tapi dalam awan belum lagi cerah. Luarannya nampak baik. Di satu tempat yang lain, awan menurunkan hujan. LEBAT.

Serabut

Pernah tak korang  rasa serabut dan susah hati tapi takde tempat nak mengadu. Nak bagi lagi serabut nak sembahyang pulak takleh sebab cuti. (lelaki xde ye cuti khas ni.) Selalu time ni la pun nak serabut segala. Haisy... dah 2 hari macam ni. Ingatkan bangun tido pagi tadi hati akan jadi lebih ok. Selalunya pas bangun tido otak macam reset. If marah, dah ilang marah tapi kali ni tak ilang pulak. Classmate pulak asyik pasang lagu jiwang. Mempengaruhi otak ni. Bangun pagi tadi terlewat. Pukul 7.15 pagi baru sedar. Nasib baik tak boleh solat. Time pakai contact lense, terkeluar. Takpe lagi. Terjatuh pulak. Nasib tak baik, cari-cari tak jumpa. Sedih... Baru 3 kali pakai. Pakai jelah spek. Kenapa gatal nak pakai lense? Sebab hari ni main Bombard Game untuk mikro teaching PJ. Takut kena bola. Time rehat pergi fotostat mc. Nak hantar pengecualian kuliah. Stapler tak bawak. Nak pinjam stapler aunty fotostat kejap tapi kena marah sebab kacau dia fotostat kertas. Sedih. Dah macam gaya ...

Selamat Berpuasa...Hari ke-3

Baru sempat menghapdet (up-date) blog lepas 3 hari berpuasa. Hari ni mc lagi. 2 mc dalam minggu ni. 1st day puasa dah tak berapa sihat then demam.. dalam proses recovering.

Weekend bersama tersayang.

Saya rindu adik-adik saya... Love them so much. Love Mr. Someone too. Thanks for today.

Kuliah batal, maka destinasi pilihan ialah....BANTAL!

Image
Hari ini hari membantai tido sepuas hati. Gaya macam penat nak mati.. Penat la juga tapi tak adalah sampai nak mati. Alhamdulillah, saya sihat lagi.. *wink* sementara ada kawan-kawan yang demam dan sakit-sakit. Semoga semuanya cepat sihat. Mr. Someone pun dah dua hari mengadu sakit dada. Hopefully hanya masalah otot sebab kurang regangan. Get well soon, dear! Contact lense saya terkoyak.. sedih betul! Lagi 17 hari baru cukup sebulan. Sayang..sayang.. Saya ni memang ganas dan kalut sikit. Macam mana pun, I learn something. Be gentle next time yer. Sebelum terlupa, special THANKS to my dear Mr. Someone for this year birthday presents: Contact lense & New Spec... (Sebenarnya dia terpaksa belikan contact lense tu.) Makan secara drastik pada hari ini. Macam lah esok lusa tak makan lagi. Patutlah saya dan dia bertambah gemuk. We share the same hobby which is eating. 1. Roti telur for me, roti canai for him. 2. Nasik lemak for us 3. Burger benjo for him, laksa for me. 4. Air kelapa f...

Gambar baru..

Image
Panjang ceritanya. Patut dah upload gambar baru lama dah tapi macam-macam hal. 1. Laptop diserang virus cinta.. Hoho... virus yang telah men'jammed' seluruh sistem lalu terpaksa di'format'. Hasilnya? Semua gambar dalam laptop hilang. Takde langsung yang tinggal. So, saya memang takde banyak gambar lama. Ada la yang tersesat dalam pendrive tak sempat tranfer dalam laptop. Bagus kan? Ada jugaklah gambar before saya.. 2. Kebetulan girlfriend sepupu nak tengok gambar baru, itu yang ada upload kat facebook baru-baru ni.. 3. Baru download program meng'edit' gambar untuk golongan amatur yang tak teror guna Adobe Photoshop. Walaupun dah belajar adobe tapi ilmu yang tidak diamalkan umpana pohon yang tidak berbuah.. ceewaaah! maka, tiadalah hasilnya.. meh bagi saya try guna adobe.. apa yang akan jadi? Orang dah edit 5 gambar, saya still tercari2 mana nak tekan ni..hoho. (plus, short-term memory loss. In a short while, i tend to forget. Unless it is very very impor...