Bila awan cuba bersuara

"Saya sedih." Kata awan.
"Kenapa awak sedih?" Tanya matahari.
"Tak tahu." awan tunduk.
"Awak bermain sangat ngan emosi. Bahaya." Nasihat matahari. Awan diam...
"Saya sedih sebab awak." jawab awan di dalam hati.

Tak semua benda kita mampu cakap walaupun kita nak sangat-sangat cakap. Awan sedih kerana matahari. Awan berharap sangat matahari faham tapi dia tak mampu nak beritahu matahari sebab dia bersedih.
Tak mampu beritahu.
Walaupun awan sangat-sangat berharap matahari tahu sebabnya.
Tak mampu.
Banyak perkara kita boleh berkongsi pendapat. Tapi...yang satu ni.
Tak mampu.
Betul2 tak mampu.
Tak cukup berani.
Awan masih mendung. Matahari masih memancarkan sinarnya tapi dalam awan belum lagi cerah. Luarannya nampak baik. Di satu tempat yang lain, awan menurunkan hujan.
LEBAT.

Comments

amalmeor said…
saya suka entri ini~

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan