Bakul angkut air. Boleh?

Ramadhan ke 12. Alhamdulillah, bernafas lagi sampai ke saat ini.
Assignment sudah tak sabar-sabar nak ditanda oleh pensyarah. Students pulak tunggang langgang tak cukup tangan nak siapkan tugasan. Aish... bilalah nak berubah penyakit keturunan ni. Hehe.. buruk-buruk salahkan keturunan. Padahal kau yang pemalas.

Pagi tadi ada talk yang sangat best. So, saya nak share la satu cerita yang dapat masa talk tadi.

Setiap hari, seorang ayah akan menyuruh anaknya mengangkut air dari sungai dengan menggunakan bakul. Boleh bayang tak bakul? Bukan baldi tapi bakul. Of course la air akan keluar sebab bakul kan berongga. Setiap hari bapa ni suruh anak dia angkut air dengan bakul tadi. Sampai satu hari, si anak bertanya,

"Ayah, kenapa hari-hari saya kena buat kerja yang sama. Tak mendatangkan hasil pun. Bukannya ada air yang dapat saya bawa balik. Kalau nasib pun adalah setitik dua."

Si ayah menjawab,

"Memang tak ada air yang dapat kamu bawa balik tapi kamu perasan tak yang perbuatan kamu setiap hari itu telah membersihkan bakul tadi?"

Apa yang ingin disampaikan sebenarnya?
Bakul tu umpama hati kita dan air di sungai tadi umpama ayat-ayat suci al-Quran yang kita baca. Setiap hari kita baca al-Quran dapat membersihkan hati kita. Walaupun kita tak faham bahasa Arab (orang-orang biasa macam saya la), kadang-kadang ayat-ayat al-Quran yang kita baca tu terasa sekadar huruf-huruf jawi tanpa makna. Padahal, ayat-ayat al-Quran ni lebih daripada tu. Beyond our mind.

Teringat kata-kata seorang kawan masa di matrik dulu, al-Quran ni ada hak dia yang sendiri iaitu dibaca setiap hari. If kita missed baca sehari, dia akan semakin jauh dari hati kita. Mula lah lepas tu tergagap-gagap membaca.

Jom baca al-Quran. (Rujuk juga tafsir ye..at least kita taw pe yang kita baca.)

Dear Allah...
Tuhan yang sangat baik.
Please let all my dreams come true.
Please give me the best in my life.
I want to be better than yesterday...everyday is better than the day before.
Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan