Serabut

Pernah tak korang  rasa serabut dan susah hati tapi takde tempat nak mengadu.
Nak bagi lagi serabut nak sembahyang pulak takleh sebab cuti. (lelaki xde ye cuti khas ni.)
Selalu time ni la pun nak serabut segala. Haisy... dah 2 hari macam ni. Ingatkan bangun tido pagi tadi hati akan jadi lebih ok. Selalunya pas bangun tido otak macam reset. If marah, dah ilang marah tapi kali ni tak ilang pulak. Classmate pulak asyik pasang lagu jiwang. Mempengaruhi otak ni.

Bangun pagi tadi terlewat. Pukul 7.15 pagi baru sedar. Nasib baik tak boleh solat.
Time pakai contact lense, terkeluar. Takpe lagi. Terjatuh pulak. Nasib tak baik, cari-cari tak jumpa. Sedih... Baru 3 kali pakai. Pakai jelah spek. Kenapa gatal nak pakai lense? Sebab hari ni main Bombard Game untuk mikro teaching PJ. Takut kena bola.

Time rehat pergi fotostat mc. Nak hantar pengecualian kuliah. Stapler tak bawak. Nak pinjam stapler aunty fotostat kejap tapi kena marah sebab kacau dia fotostat kertas. Sedih. Dah macam gaya perampas pulak tadi padahal masa nak pulang stapler tu terjatuh. Sedih.

Masuk kelas, lecturer marah sebab HEP warn kelas kitorang sebab masalah kehadiran. Ada suara 'anggun' berkata sebab takde orang cover. Sedih. Siapa tak datang kelas, telur ayam la. Kenapa nak kena cover pulak?? Macam tu ramaila yang ponteng and akan suruh cover.

Jiwa kacau. Masalah peribadi dan lain-lain. Assignment... haish.... Ada hikmah kot jadi time bulan puasa macam ni.
SUSAH HATI!!!!

Comments

Anonymous said…
ada.. suh ang belajar bersabar.. control diri tu.. (^_^)

jgn serabut2 taw mun.. aku ni lg serabut dri ang... x leh solat buleh bwk ber 'zikir' kan yunk..
all the best yunK .. muah muahhh

--- zahira azlan ---

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas