Dunia yang semakin tua.

Zaman sekarang ni macam-macam yang jadi. Bila dunia makin canggih, makin banyak juga kesan buruknya.

Tak berapa lama dulu heboh pasal bayi berusia 23 hari diliwat bapa sendiri.
Masa tengah sembang-sembang dengan mak sambil masak tengahari tadi ada juga bangkitkan isu ni.
Mak memang sayang sungguh kat baby so nampak mak sedih sangat-sangat lepas saya share berita ni.


Then mak kata, "Bahaya zaman sekarang ni. Tambah-tambah kat tempat mengasuh tu."
Aik, sama pula dengan kebimbangan yang Mr. Someone cakap masa sembang pasal isu ni.

Saya pun cakap la pada mak benda yang sama saya cakap pada Mr. Someone.

"Nanti mak jaga cucu la. Tapi Dr. Fadzillah Kamsah kata tak baik sebab mak dah penat jaga anak. Mak mesti nak rehat pulak. Ni dah tua-tua nak kena jaga cucu." sambil basuh pinggan. Tak pandang muka mak. Nanti terbongkar pula isi hati.

Mak kata,

"Tapi kalau mak tu rela takpe. Yelah, daripada bagi anak kat orang jaga, meh aku jaga. Dah tentu elok."

My mum dah tempah nak jaga cucu??

p/s: Berita tengahari tadi, murid tahun 1 dirogol 4 orang rakan. Murid darjah satu mana baligh lagi so apa yang mendorong mereka sampai sanggup merogol kawan sendiri? Pengaruh apa yang budak-budak ni dapat?? Dunia..dunia... anak-anak murid aku nanti macam mana la..

Ya Allah, selamatkanlah aku dan keluargaku daripada bencana dan bala seperti ini.
Ampunkan aku dan peliharalah zuriatku nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas