Pendidikan S.E.K.S

Sebelum ni dah diwar-warkan nak adakan subjek ni as a subjek in school.
Saya pun kurang pasti ada ke sekolah yang dah jalankan subjek ni.
Or is it embedded in Pendidikan Jasmani dan kesihatan ??
Setahu saya apa yang murid-murid belajar dalam PJ tu pun boleh dikatakan pendidikan seks juga.
Contohnya apa yang saya pernah ajar semasa praktikum yang lepas.
Tempat-tempat yang diasingkan untuk lelaki dan perempuan.
Kenapa perlu asingkan? Menjaga kehormatan dll.
Ni pun pendidikan seks juga sebenarnya.

Dalam entry yang lepas saya ada sebut tentang berita ni.


Gambar ni saya ambil daripada FB dan macam biasalah bawah-bwah mesti ada komen.
Ada satu komen tu yg condemn rancangan melaksanakan pendidikan seks ni.

Setahu saya, berdasarkan penerangan pensyarah PJ...pendidikan seks ni okay sebenarnya.
Murid-murid bukan diajar tentang cara-cara nak buat seks.
Antara yang akan diajar ialah OK and NOT OK touch. Sebagai contoh, bila someone pegang kanak-kanak tak kira lelaki atau perempuan, budak-budak tu perlu tahu either sentuhan tu sentuhan yang baik (sentuhan biasa macam kita picit-picit pipi baby) atau sentuhan yang tidak baik (sentuh dengan niat yang jahat).

Budak-budak ni pun akan diajar kalau mereka tak selesa dengan sentuhan tu, mereka perlu buat sesuatu. Contohnya, jauhkan diri atau menjerit.

Kanak-kanak pun akan diajar bahagian tubuh badan yang orang lain tak boleh sentuh dan lihat. Ini penting untuk menjaga kehormatan diri mereka.

Saya tak tahu la secara terperinci perkara yang mereka nak ajar dalam pendidikan seksual. Mungkin sebab namanya menjadikan wujud stigma negatif tentang perkara ni.

Pada pandangan saya, perkara macam berita tu jadi sebab pengaruh negatif yang mudah didapati dalam pelbagai media secara meluas.

p/s: Selamatkan kami dari bencana seperti ini, Ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas