Rezeki...
Pernah x bila rasa sesak sangat2, rasa tak berdaya then kita doa mintak si DIA yang satu bantu?
Then bila berhari-hari kita terfikir-fikir macam mana nak solve sesuatu masalah..
Kita doa sungguh2 mintak Allah permudahkan.. sebab kita tak berdaya lagi.
Tiba-tiba, ALLAH sediakan jalan keluar dari permasalahan yang membuatkan kita rasa gelisah berhari2 itu..
Apa perasaan pada masa tu?
Syukur Ya ALLAH....
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Allah kan dah janji, berdoalah pada Dia. Nescaya Dia akan makbulkan.. Doa kena sungguh2.. Kita tahu bila kita bersungguh berdoa. Jauh dalam hati kecil kita dapat rasa betapa kita berharap pada DIA...
Untuk menempuh alam baru tak lama lagi, saya kena tulis benda ni. Supaya suatu hari nanti bila saya terbaca balik post ni saya akan ingat kembali betapa kasih dan sayangnya ALLAH pada saya... kerana saya selalu lupa.. tambah2 bila ditimpa masalah.
- Bulan Ramadhan tadi tiap2 hari doa mintak dipermudahkan jodoh. Mintak ALLAH izinkan nikah awal. Tiap-tiap hari.. tambah2 masa berbuka.. memang bisik kuat2 dalam hati (bisik boleh kuat ke?) macam tu la betapa nak sangat2.. Then tiba2 hujung Ramadhan, lagi dua hari nak masuk Syawal dapat satu mesej..
"Khamis depan mama nak datang merisik."
Masa tu terus rasa..... "ALLLAH......!"
- Masa tak tetap tarikh lagi rasa insecure.. fikir macam-macam sampai gaduh-gaduh.. rasa macam tak nak teruskan dah.. tiba-tiba dapat mesej dari mama.
"Ahad depan maklumkan pada mak dan abah, kami nak datang hantar duit belanja. Tetap tarikh sekali."
Hari tu mak pun cakap kat saya lepas bincang dengan family sana:
"Tak dapat tarikh 29...(mak mmg nak tarikh ni.) 9hb kita kenduri."
9?? Awal 20 hari dari tarikh dirancang.. Fikir balik. Fikir balik..Allah bagi apa yang aku mintak selama ni.. Alhamdulillah. Tapi tetap risau.. takut rushing..
- Tak ada jurugambar untuk hari bersejarah nanti. Mahalnya yang ni.. Yang itu pun mahal.. Aku tak mampu. Then terfikir solution, mungkin boleh harapkan bantuan orang ni. Tanya2.. mahal jugak... Then, survery2 dalam internet. Dapat. Even agak mahal tapi mampu sebab cara bayarannya. Boleh bayar 2 kali. Yang penting lepas kenduri. Mak dengan bakal suami persoalkan pilihan tu sebab kenal di internet sahaja. Tiba-tiba.... mak kol. Mak kata anak jiran belakang offer lagi murah. Jimat hampir RM200.. dengan pakej yang sama oleh jurugambar pertama. Saya minta adik tengokkan hasil kerja mana yang lagi bagus. Adik kata anak jiran buat lagi cantik. Yang penting JIMAT.. huhu.. Alhamdulillah... Tak risau sangat sebab dekat. Kenal familynya. Nak bayar pun senang. Rezeki.. rezeki.. Syukur.
Semoga rezeki terus dimurahkan dan dipermudahkan..
Pengajaran.. doa selalu.. ALLAH ada. Jangan harap pada manusia, harap pada ALLAH.
Comments