Permudahkanlah... Murahkanlah...


Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan.” – (Surah Hud:6)

Yakin. 
Yakin.
Kena yakin..
Bila Allah dah makbulkan doa, tandanya aku dah sedia. 
Allah dah janji Dia akan murahkan rezeki.
Yakinlah.
Jangan was-was.. jangan percaya bisikan-bisikan jahat dari dalam hati. Kalau belum sampai masa ALLAH takkan bagi lagi. 
Dia akan permudahkan semuanya.. Jangan minta pada manusia, minta pada Dia.. Semuanya dah tersurat. Allah yang menanggung rezeki. Jangan risau.
Allah akan permudahkan semua urusan.
Kalau something jadi tak seperti dirancang, jangan fikir nasib tak baik or nasib malang.
Fikir itu yang terbaik buat masa ni.
Mungkin apa yang kita rancang bukan yang terbaik untuk kita.
Jangan salahkan diri. Jangan salahkan nasib. Allah dah tetapkan semua.
Kalau benda buruk jadi semuanya ALLAH dah takdirkan supaya kita belajar. Supaya kita sedar. Kita ni lemah, hina. Dia yang Maha Berkuasa.
Paling penting!!!

ALLAH BUKAN PENDENDAM.
ALLAH MAHA PEMAAF.
ALLAH MAHA PEMURAH.

Biar apa pandangan orang pada kita, yang penting pandangan ALLAH..
Dia tahu apa dalam hati kita.
Dia tahu apa yang kita cuba buat untuk dapatkan cinta-NYA meskipun kita selalu tersungkur.
Dia ada. Dia tahu. Dia yang bantu. Dia yang beri apa yang kita perlu.
Jangan percaya bisikan syaitan yang nak kita salahkan diri, salahkan takdir, salahkan ALLAH.
Sebab syaitan tak suka bila kita dalam usaha nak sempurnakan sebahagian agama.
Syaitan tak suka kita nak ikut sunnah Rasulullah.
Syaitan suka kita bergelumang dosa. Tambah2 pula bila sentiasa bersangka buruk dengan takdir ALLAH.
Yakin.
Yakin.
Yakin.
Ini yang terbaik. Allah akan bukakan jalan dan berikan rezeki yang tidak disangka-sangka nanti.

Buat aku yang akan datang...
Sekarang mesti kau dah tahu hikmah Allah makbulkan doamu pada masa kau menulis post ini.
Allah tu baik..baik sngt kan... 
Sayang ALLAH selalu. (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas