Update

Assalamua'laikum...

Lately busy dengan persiapan untuk bulan 12 nanti dan assignments yang menimbun.


  1. Borang untuk medical check up dah ambil tapi belum ada kesempatan nak pergi buat medical check up.. Asal petang je ada kelas.Kalau bukan saya, dia pulak yang ada kelas.. so hold dulu. Harap-harap next week ada masa free sebab medical check up boleh buat hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja. Petang pulak tu. 
  2. Action research dah dekat tarikh pembentangan. Draft akhir tak siap lagi. Hadoi. Berhantu betul AR ni.. asal bukak je fail AR terus rasa mengantuk gila. Semoga dapat lulus dengan cemerlang.
  3. Subjek Application of Math memang terbaik la semester ni. Tak faham sangat! Tu masalahnya... paling teruk pembentangan tengahari tadi sumpah tak faham apa... tajuk tu yang susah. Presentation sgt menarik.
  4. Kad in progress... 
  5. Dua hari pergi survey kasut tak beli-beli lagi.. Bukan kasut saya, tapi kasut dia... Nak beli Bonia tak nak pulak sebab baru belikan masa birthday hari tu.. nak jenama lain. Ok, kita tengok Crocodile tak pun Polo or Alain Delon.. Tak beli pun.. Saya tengok semua kasut lelaki macam sama je.. apa yang dipilih sangat pun tak tahu la.. hehe..
  6. Tak survey lagi harga beg kat Mydin.. Harga beg kat Wedding House dah survey.. boleh tahanlah.. pilihan pun banyak.
  7. Dah order shayla untuk nikah dan kenduri belah saya.. Nak pakai tahu lagi ok ke x.. Tunggu dah sampai nanti bawak balik nak suruh angah pakaikan.
  8. Duit AR RM212+ Duit dinner batch RM100 + Duit Dinner Math RM50..... Mana nak cekau duit oiiiii... huhu. Thanks bakal suami yang pemurah.. Pas kahwin kena jadi lagi pemurah ye.


Tu je kot setakat ni..
Btw.. kad dah siap nanti baru saya mula menjemput ye..
Mohon doakan yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan