Masuk 26 minggu

Alhamdulillah pregnancy sudah hampir 26 minggu.. 
Masa 3 bulan pertama macam yang orang selalu cerita memang bulan2 alahan. Saya rasa alahan saya tak berapa teruk nak dibandingkan dengan orang lain. Sebab dalam 3 bulan dalam seminggu dia saja saya tak dapat masak sebab loya. 
Alahan yang biasa, masa gosok gigi rasa loya. Then, muntah setiap pagi. Pernah juga dah prepare nak masak tetiba boleh termuntah tepi dapur. Memang out of control. Selalunya muntah air je.. Kecuali kalau cari pasal makan benda2 yang masam memang akan keluar balik semua yang dimakan hari tersebut.
Mula2 tak kenal macam mana baby bergerak. Sebab ingatkan angin dalam perut. Rupa2nya itulah gerakan baby. Sekarang je dah boleh kenal. Sebab baby dah makin besar. Masuk 26 minggu ni rasa macam kurang dapat rasa baby gerak. Mungkin kedudukan baby yang lain. Semoga ALLAH pelihara anak ibu abah ni..
Pedih ulu hati memang sakit yang satu2nya tak ada ubat dan kena sabar je.. sebab baby makin besar dan tolak organ2 naik ke atas. Kalau berdiri lama mak aih, pedih... macam kejang bahagian dada kiri. Mengajar lama2 pun penat rasa. Sekarang ni makin mengah sebab badan makin besar. Makan pun tak boleh banyak sangat sebab takde ruang dah. Kalau makan banyak memang terdampar la lepas tu. 
Sakit pinggang pun macam biasa tapi tak teruk sangat.. kadang2 je terutamanya bila kurang minum air. 
Sepanjang pregnant ni Alhamdulillah tak ada mengidam yang pelik2 tapi jadi rajin sangat masak. Buat kek, kuih dan bubur. Suka makan yang manis2. Coklat yang tak suka pun jadi suka. Memang pembawakan budak. Alhamdulillah Allah bagi peluang rasa semua ni.
Dah 5 bulan saya tak balik semenanjung. Antara benda yang terpaksa berkorban untuk si comel ni sebab takut jugak nak travel masa awal2 dulu. Bulan ni baby dah 6 bulan so boleh la balik semenanjung. Syukur sangat suami ada sekali. Bayangkan kawan2 yang pregnant jauh dari husband.. Kesian sangat. Harap mereka kuat. Bulan 5 ni bercadang nak beli barang baby dan pergi jalan2 ngan suami. Even rasa blur2 lagi je nak beli apa.. Setakat ni barang ni je yang dah beli: 6 pasang romper dan 6 pasang stokin. Baju arsenal tu bapaknya punya keje..


Bercakap pasal sekolah. Hari ni sekolah baru sambut hari guru. Lewat 3 hari. Berbeza sangat sekolah bandar dengan pedalaman ni. Masa hari guru budak2 buat tak tahu je.. Haha.. Sadis. Siap semua gagal ujian lagi. Lagi sadis. Hadiah memang takde. Tak macam sekolah bandar. Its okay la sebab dalam hutan ni mana la diorang nak cari hadiah. Paling best masa hari guru tahun ni, murid2 kelas saya bergaduh saling menggigit dan menendang, sepak terajang semua ada. Nasib baik cikgu korang ni tengah memboyot. Sabar je la.. Hakikatnya saya agak kecewa dengan mereka. Tapi biasa la.. budak2.. kau sedih ke marah ke ada diorang kesah. Haih... 
Hari guru pertama saya yang biasa2 je. Nothing special on that day. 

Cuti bersalin pun takde balasan lagi tak tahu lulus berapa bulan. Pening jugak pasal cuti ni sebab nak bersalin di semanjung. Minggu 35 minggu terakhir boleh naik flight. Pening. Pening. Doakan semoga saya selamat mengandungkan si comel ni dan selamat melahirkan dia. Amin... 


Comments

nmS said…
bestnyaaaa..hehe

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan