Update bulan Februari..

Alhamdulillah dah masuk pun bulan Mac.. Maknanya sekarang saya dah masuk pun trimester kedua. So rasanya boleh dah nak cerita kronologi TTC sampai sekarang..

April 2013:
Saya keguguran anak pertama.. Masa tu baby baru 6 minggu. Gugur sendiri dan complete miscarriage. Takde kena cuci sebab semua keluar sendiri. Just doc bagi makan ubat untuk kosongkan rahim then keluar darah period.. exactly hari keguguran saya dapat tahu saya ada cyst. Kiri dan kanan ovari. Dua minggu lepas tu bedah.. Asalnya doc nak buat laparoscopy je.. Dah tebuk pun n masuk kamera then tgk jenis cyst teratoma tak dapat keluarkan melalui drilling je.. So belah panjang sejengkal jugak la.. 

Lepas bedah rehat 3 bulan then try to conceive semula. Tak lekat. Pressure makin terasa sebab family mertua mula bertanya2 bila nak ada anak.. stress.. usaha sungguh-sungguh sampai rasa tak seronok bila bersama suami sebab pressure nakkan hasil. Stress bila someone in family said badan saya makin gemuk tapi takde isi. Sedih. sedih. Kerap menangis. 

Disember 2013:
Then bulan 12 gi honeymoon sempena first anniversary.. Masa bulan ni jugak dapat tahu biras (kakak ipar husband) pregnant. Second child. Terus terdiam. Husband pun tersentak sebab betapa kami nak sangat2 anak.. Husband pujuk cakap rezeki orang.. jangan sedih nanti ada la rezeki kita. Saya makin stress dan cuba buat tak tahu pasal ni. Then period lewat few days. Dalam dua tiga bulan ni mmg period lewat 4 hari sebab stress mungkin so taknak berharap apa-apa. Takut kecewa. Saya pula demam lepas tu. Nak makan ubat hati terasa takut if pregnant kesian baby pulak makan ubat macam2. So saya pergi poliklinik untuk buat UPT.. doc kata negative.. padahal dalam hati harap jugak la positif.. kecewa sikit sebab ada letak harapan.. Tapi doc bagi ubat yang selamat untuk pregnant woman. In case sy pregnant tapi terlalu awal unt detect.. 

Few days later still tak period. Aik, lewat sangat dah ni.. Beli UPT sendiri buat kat rumah. Tak nampak apa pun.. Then discuss dengan kawan baik dia suggest beli Clear Blue UPT sebab boleh detect lebih accurate even awal pregnancy.. Husband excited suruh wat sekarang gak padahal masa tu dah lewat petang.. saya cakap tunggu nanti. Sok pagi hormon lagi clear.. then lepas cuba pagi tu positif.. Alhamdulillah..

Next week dah kena balik Sarawak so saya dan husband pun pergi jumpa Dr. Khairul yang pernah bedah saya masa nak buang cyst dulu.. Dr. Khairul bagi ubat hormon sebab saya ada sejarah keguguran. Tawakallah kami selepas itu bersama-sama baby. ALLAH je tempat bergantung sebab saya tak tahu macam mana keadaan si dia di dalam. Siapa yang pernah berada di Sarawak (luar kawasan Kuching) mesti faham keadaan jalan yang agak mencabar. Tambahan pula kami pakai kereta Hilux. Memang melambung-lambung kalau bawak laju. Nak ke sekolah pula kena naik bot lebih kurang 2 jam lebih... semoga ALLAH perlihara baby ni.

Masa minggu ke9 pula saya bleeding. So dalam 4 jam baru sampai hospital sebab kena tunggu bot dulu.. Alhamdulillah baby ok.. so sekarang memang hadkan pergerakan keluar masuk pekan. Stay je kat rumah dalam sekolah.. Bila ada keperluan penting macam check up baru keluar. Memang pengalaman la semua ni. Nanti boleh cerita kat baby.. Setakat tu je catatan bulan ni. Lain kali cerita padal kerenah sepanjang mengandungkan si comel ni pula.




Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan