Tinggal genap seminggu sebelum due date.
Salam...
Malam ni rasa nak cerita serba sedikit pengalaman sepanjang mengandung ni. Saja suka2 nanti boleh baca. Or boleh juga bagi anak2 baca. Macam yang pernah saya tulis sebelum ni. Kandungan kali ini kandungan kedua. Kandungan pertama hanya mampu bertahan sepanjang 6 minggu. Diikuti dengan kisah teratoma cyst yang perlu dibedah. Then. try to conceive sepanjang 8 bulan... akhirnya Allah izinkan saya mengandung lagi pada penghujung tahun 2013, saya dapat berita bahawa saya pregnant lagi. Alhamdulillah...
Masa ni gembira tak terkata... punya la lama menunggu.. setahun genap selepas ulangtahun perkahwinan kami baru dapat rezeki ini.. Syukur sangat..
Then kena terbang ke Sarawak kerana tuntutan kerja. Memang kami tawakal je disertai doa supaya anak dalam kandungan sihat dan kuat untuk perjalanan jauh ini. Alhamdulillah sampai ke saat ini masih lagi berpeluang merasa tendangan yang membahagiakan ini.. Esok cukup usia kandungan 39 minggu.. Menunggu dari minggu ke minggu adalah pengalaman yang sangat membahagiakan. Demi anak, saya dan suami sanggup stay di pedalaman selama yang boleh. Paling lama saya stay 3 bulan tanpa keluar ke mana-mana. Hanya suami keluar ke pekan untuk beli keperluan dapur kami. Demi keselamatan anak dalam kandungan memang saya usaha hadkan pergerakan. Sebab untuk ke pekan perlu naik perahu selama 2 ke 3 jam dan baik hilux selama 2-3 jam lagi.. terlalu banyak pergerakan. Tapi apalah ertinya usaha kita tanpa izin DIA... itu yang saya belajar sepanjang tempoh try to conceive kami. Terlalu bergantung pada usaha kami sampai terlupa memandang izin dari DIA yang maha mencipta. Semua berjalan lancar dengan izin DIA..
Sepanjang trimester pertama saya alami alahan yang sederhana.. tak la terlampau teruk sampai tak mampu bangun. Tapi ada tempoh yang saya tak mampu nak masak langsung. Suami yang soleh ini la yang masak untuk isterinya.. di pedalaman ni tak ada kedai. Masak sendiri je untuk dapatkan bekalan makanan yang halal. Suami saya alhamdulillah soleh.. menyenangkan isteri. Tak pernah merungut melayan saya. Setiap kali memandang wajah dia masa tidur saya doakan supaya ALLAH beri ganjaran syurga pada dia sebab terlalu baik buat saya yang sangat banyak kelemahan.. Saya tahu ada bidadari memandang dia dari sana kerana solehnya dia buat saya yang sangat lemah dan kurang ini. Terima kasih abg..
1) Untuk setiap kali abg picit kepala saya bila saya sakit kepala.
2) Untuk setiap kali abg picitkan kaki saya yang lenguh membawa badan yang berat.
3) Untuk setiap kali abg cucikan baju saya sebab saya tak mampu cuci pakaian guna tangan lepas pembedahan dulu.
4) Untuk setiap kali abg masakkan dan buatkan air untuk saya dan baby dalam kandungan ni.
5) Untuk setiap kali abg sapu rumah dan kutip najis cicak supaya rumah kita sentiasa bersih meskipun reput sana sini.
6) Untuk setiap kali abg mengangkut air dari bawah rumah ke atas sepanjang musim kemarau.
7) Untuk setiap kali abg belikan keperluan dan kehendak saya sepanjang saya mengandung. Teringin buah tembikai sanggup abg pikul beg berat lebih 30kg berisi barangan dapur tambah lagi buah tembikai turun naik bukit dan merentas sungai.
8) Untuk setiap kali abg peluk dan cium saya bagi membahagiakan saya.
9) Untuk setiap kata-kata baik yang abg lafaz untuk membahagiakan saya.
10) Untuk setiap kebaikan abg pada saya walau sebesar zarah..
Semoga ALLAH membalasnya kerana saya insan serba kurang tak mampu membalas segala jasa dan pengorbanan abg untuk saya.. love you till Jannah.. In sha ALLAH...
Cuci barang dapur setiap kali lepas makan dan masak kat bawah rumah sebab atas rumah air tak naik... |
Angkut air setiap hari 3 kali untuk saya mandi. |
Comments