Banjir datang lagi...
Tahun ni atuk di kampung bersiap untuk mengahadapi banjir dengan mengangkat perabot ke atas rumah (rumah kampung dua tingkat) dan membuat para tinggi supaya perabot tidak rosak bermandi air.
Paling kasihan sekali ditujukan buat makhluk yang dikatakan paling takut dengan air...KAMBING...
Sepanjang banjir ni kambing2 atuk hanya boleh menunggu delivery food daripada atuk je... Sebab banjir kan... sumpah mereka-mereka tak akan berenang mencari makanan. Cian mereka.. selalunya pukul 2 akan berlumba-lumba di hadapan pintu kandang bersedia untu dilepaskan lalu bersiar-siar bersama keluarga tercinta menikmati makanan.. wah....
Buat masa sekarang makan jimat-jimat ye... atuk saya pun susah nak cari daun... bukannya ada sampan ke...bot ke...
Apa-apa pun, Alhamdulillah air tak naik sampai dalam rumah... hanya bahagian batas sahaja yang banjir pada tahun ini...
Comments