Dia, pilihan hatiku.

Pagi tadi saya dapat ceramah motivasi percuma dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Katanya, 'Perempuan kena bijak memilih pasangan hidup. Hati2, lelaki sekarang ni ada yang tidak solat, merokok, pemalas dan tidak bertanggungjawab.'

Teringatkan seseorang...

Dia, pilihan hati saya.

1. Seorang yang menjaga solat 5 waktu. "Bila masuk watu solat, rasa gelisah sebab ada sesuatu yang belum selesai."
2. Tidak merokok. Bau asap rokok pun tak tahan. Bagus untuk kesihatan diri sendiri, saya dan keluarga.
3. Menghormati orang tua. Bijak bergaul dengan keluarga.
4. Mementingkan penutupan aurat.
5. Gerak kerja yang bagus. Memimpin dengan baik.
6. Sangat memahami. Semoga saya dapat menjadi seorang yang sangat memahami seperti dia.

'Nak jadi kaya, jangan kahwin dengan cikgu. Jadi cikgu tak boleh kaya tapi bolehlah hidup senang.'
Kaya tapi tak bahagia buat apa? Andai panjang jodoh kita, semoga kita sama-sama mendidik dengan niat beribadat. Kata orang, anak-anak guru mudah berjaya jika ibu bapanya berkhidmat dengan ikhlas. InsyaALLAH...

Permudahkanlah segala hajat di hati kami dan panjangkanlah jodoh kami sehingga ke akhir hayat.

Wirdati.

Comments

Misz ZeEE_Z0nE said…
betull.. saya sokong 100%..
mudah2an kekasih ati pown tergolong dlm ciri2 impian.. heeee ♥♥♥♥
wirdati said…
Saya list ciri2 dia.. (^_^)
He is the one. InsyaALLAH. Doakan ye.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas