Read fron an article just now...
Perkara yang dilakukan perempuan yang menyebabkan lelaki marah.
Salah satu yang agak menarik perhatian saya ialah:

mengambil masa yang LAMA untuk bersiap.

Lelaki akan naik marah apabila terpaksa menunggu perempuan bersiap kerana bagi kaum lelaki, mereka boleh bersiap dalam tempoh masa 5 minit sahaja. 5 minit? Boleh buat apa 5 minit? Cari kerongsang tudung pun dah 5 minit. Lelaki pakai kerongsang? Lelaki, jangan marah sebab sesungguhnya perempuan yang paling simple tanpa make-up pun memerlukan masa yang 'secukupnya' untuk bersiap.

Senarai perkara yang perlu dilakukan oleh seorang perempuan sebelum keluar:

1. Iron baju+kain/seluar+tudung. Jadi, jangan harap perempuan boleh siap cepat kalau ajak keluar last minute. Sila inform lebih awal supaya boleh iron pakaian siap-siap.

2. Mandi...(paling cepat saya boleh siap pun dalam kira-kira 10 minit. Ada juga perempuan yang berbakat besar dan dapat siap mandi dalam 3 minit shj! Paling lambat..jangan cakap la. 3,4 jam pun boleh...)

3. Make-up..toner, foundation, powder, eye liner bla..bla..

4. Cari pin tudung. Warna mesti sedondon dengan pakaian.. Ish..tak jumpa pula..cari. cari.

5. Pakai tudung. Ish, nape tak elok ni. Tak terletak. Muka tak jadi bujur. Kena iron sikit ni. letak lilin.

6. Cari purse, handset.

7. Lupa pakai perfume. Cari. Sembur.

8. Kasut mana nak pakai ni. Sandal? Warna ape ye??

9. Kemas bilik sikit. Sidai towel dulu. Tarik cadar kasi tegang. Switch off semua suis.

10. Kunci bilik.. ops..sebelum tu. Tengok cermin lagi..

11. Keluar dengan bahagia...

Moral behind the story is...
Perempuan memerlukan masa untuk bersiap.. HEHE

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan