Hebatnya menjadi guru.

Hebatnya menjadi cikgu,
Ajar apa pun anak murid percaya.
Ajar salah pun anak murid ikut.
Akhirnya, anak murid sesama anak murid bertekak.
"Cikgu ajar aku macam ni." kata si A.
"Eh...xla. Cikgu ajar aku macam ni." kata si B.
Padahal cikgu yang mereka katakan itu ialah cikgu yang sama.

Alangkah hebatnya menjadi cikgu.

Cikgu ke guru? Kenapa kat sekolah budak-budak panggil Cikgu Ali, Cikgu Bibah..tapi tak panggil Guru Ali atau Guru Bibah?

Kenapa juga di sekolah, dipanggil guru besar tapi bukan cikgu besar?

Konfius.
bingung

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas