Haiwan reptilia & amfibia yg sangat 'comel'

Comel? Euw!! Tarik balik!!!
Saya betul2 boleh histeria ngan haiwan2 ni.
Tetiba je akan jadi tak cukup tanah nak berlari.

KATAK
- kalau betullah cerita dongeng sape cium katak akan dapat kahwin ngan anak raja. Please! Itu bukan saya yang akan cium haiwan menggerutu atau berkulit licin tu semata-mata nak kahwin ngan anak raja. Biarlah saya kahwin ngan cikgu jugak asalkan dia akan protect saya dari ancaman haiwan ini.
- tersangat geli ngan kulitnya yang licin berkilat. Kaki kecik dan melompat-lompat.
- tak kira lah apa saiznya, xxs, xs, s, m, l mahupun xl...mereka tetap menggelikan. Bukan menggelikan hati ye. Menggelikan seluruh sistem badan saya yang membolehkan saya melompat lebih tinggi dari mereka.

CICAK
- mase kecik2 suka nyanyi lagu cicak. Masa dah besar dah ajar di 'dia' nyanyi lagu cicak. Sok leh ajar anak2 pulak.

Cicak, cicak di dinding,
Diam-diam merayap,
Datang seekor nyamuk,
Cap! Lalu ditangkap...

Pergh! Pink gitu...

-Yang ni paling fobia. Korang nak ejek ke nak gelak ke..lantaklah. Ingat saya tergedik2 ke nak takot ngan haiwan ni.
- Punca: cicak pernah masuk kain. Yuks!! Selalu tengok cicak mati terkulai n perut terburai. Mak aih..loya. Meremang bulu roma.
- Even cicak kat siling pun saya akan elak dari lalu bawah siling tu. Cicak sekarang bukan leh caya kemampuan melekatkan tangan tu. Buatnya nanti terjatuh atas kepala. Boleh kena sakit jantung. Bukan dia yang sakit jantung. Saya.
- Kalau sakit perut nak masuk tandas, memang la kena periksa situasi semasa. Lemah tol kalau kat kampung2 ada dua jenis haiwan ni. Dengki betul. Saya nak masuk tandas, dia pun nak masuk tandas. Xpelah. Korang kecik. Saya beralah la. Huh, menyakitkan hati saja.
- saya boleh menangis sebab haiwan ni. So, please.. haiwan ini amat berbahaya kepada saya. Don't play around with these creatures.

Kesimpulannya: Saya xberlaku kejam pada haiwan2 ini. Masalah sekarang saya tersangatlah geli ngan haiwan ni. Tak boleh dekat. Masalah kedua, mereka ni tak takut ngan saya. Isk...
To someone: Please jauhkan haiwan-haiwan ini daripada saya. Berbahaya buat kesihatan saya.

Nota kaki: Sori xde gambar. Tak sanggup nak nengok gambarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan