Tentang Bas

Sedar-sedar sudah pukul 5. Malam tadi mengemas pakaian sampai pukul 12. Nak tidur, sayang pulak rancangan televisyen terbiar tanpa ada yang menonton. Tiba-tiba je sudah pukul 4.30. Menghadap laptop sekejap sampai pagi. Niat tak nak tidur la. Alang-alang dah pukul 5 ni, kalau tidur juga...confirm solat subuh pukul 10. Duduk-duduk, teringat pulak kisah tentang bas. Sejak zaman martik memang saya akan naik bas untuk berulang-alik dari tempat belajar ke rumah apabila masa cuti. 

Single seat
If balik dengan kawan-kawan, tak mengapa. If balik seorang, saya akan pastikan saya beli tiket untuk single seat. Masalah apabila travel seorang dan dapat pulak double seat ialah orang yang duduk di sebelah. Cukup risau kalau orang sebelah itu LELAKI. Tak selesa. Sudahlah tak kenal. Boleh berkematu punggung duduk tegak, keras macam patung sepanjang perjalanan. 

1. Pernah sekali terpaksa duduk sebelah seorang penumpang lelaki yang tersangat peramah. Masa beli tiket, single seat memang sudah habis. Time bas dah nak jalan baru penumpang tu naik dan duduk sebelah saya. Baru je rasa lega sebab tak ada orang duduk sebelah. Kalau tak sempat gak intai tempat lain. Mana la tahu kalau ada seat kosong sebelah penumpang perempuan lain. Nasiblah. Tambah problem, badan lelaki tu besar so saya terpaksa kecikkan badan dan himpit ke tingkap. So, takdelah berlanggar sepanjang perjalanan. Saya terpaksa buat attitude tak berminat meneruskan conversation sebab lelaki tu berbau asap bila dia bercakap. Smoker, maybe. Serik dah lepas tu. Kalau tak ada single seat, tak nak naik.

2. Masa zaman matrik dulu pernah dapat duduk seat belakang sekali. Seat yang kembar 4 tu. Azabnya, tempat kosong betul-betul tempat ketiga. Kiri kanan lelaki. Sedih gila. Betul-betul rasa nak nangis. Sumpah keraskan badan je taknak berlaga bahu. Dalam hati tak henti-henti baca ayat Quran yang mak suruh amalkan. Pak cik yang duduk sebelah kiri pulak peramah terlebih. Mungkin dia nampak saya macam nak nangis.  menakutkan. Yelah, sudahlah nak beli tiket on the spot. Sampai pukul 2, tiket paling awal pukul 5. Itu pun tempat terakhir. Tiga jam menunggu tau. Terpaksalah...Kalau tak, kena tunggu 4 jam.

3. Bas lewat masa bulan puasa. Saya sudah pun kira masa perjalanan, sempat berbuka di rumah tapi bas terlewat sebab kemalangan sebelum sampai ke stesen bas. Alhamdulillah bukan kemalangan semasa saya di dalam bas. Sudahnya, time berbuka saya ada di stesen bas. Tanpa makanan. Nak bergerak pergi beli takut bas sampai. Tak pasal-pasal kena tinggal pula. Tetiba ada seorang perempuan hulurkan air untuk saya berbuka. Dalam hati rasa was-was juga sebab dah diajar jangan terima makanan dari orang yang tidak dikenali. Tak tahu kenapa, masa tu tawakal saja dan minum. Mungkin nak jaga hati perempuan tu. Alhamdulillah, tak ada benda buruk yang jadi. Sampai sekarang terkenang budi orang yang tak dikenali tu.

4. Hujan lebat sampai basah semasa beratur menaiki bas. Naik pula bas berhawa dingin. Menggeletar sepanjang perjalanan. 

Banyak lagi pengalaman menarik semasa naik bas dahulu. Yang paling bermakna, Mr. Someone. 
Sekarang dah jarang naik bas. Alhamdulillah atas kesenangan sekarang. Pergi dan balik dari tempat belajar, dia yang akan uruskan jadi terasa mudah. Macam mana pun saya tetap rasa pengalaman menaiki bas tu bermakna sebab saya dapat lihat berbagai-bagai jenis manusia dengan pelbagai ragam dan kenangan saya dengan awak. Susah senang telah lalui bersama (walaupun tidaklah sesusah orang lain). Awak tak suka menunggu kan. Alhamdulillah sekarang tak perlu menunggu berjam-jam (cuma tunggu saya bersiap paling lewat pun 15 minit). Dulu-dulu, beg awak cuma beg galas tapi saya bawak beg balik kampung yang besar. Saya jalan lambat jadi awak terpaksa jinjit beg saya supaya lebih cepat untuk kejar bas. Tak perlu lagi tolong jinjit beg berat saya sebab sekarang semua beg masuk bonet kereta saja. Selalunya saya masukkan beg sendiri. Awak tak payah keluar kereta pun. Mudah kan.

Banyak dah beza dahulu ngan sekarang kan. 
Dulu awak kuat marah. Tapi sekarang saya yang selalu marah-marah.
Sorry.
 
 'Bas kita (ADN 9122)'

Comments

amalmeor said…
saya rs sgt jeles bla mr someone sgt ambil berat.I wish one fine day i meet my mr right :)
wirdati said…
InsyaALLAH..lagi 3 tahun u boleh jumpa dia. Jgnlah jeles amal. U pun akan dapat yang terbaik untuk u.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan