Sudah siap laporan School Based Experience. Boleh pulak terberangan-berangan macam tak ada kerja lain. Siap ber'blog walking' dan ber'facebooking' lagi. Lagak macam orang tak ada assignment. Huh. Tengok. Dia update blog pulaakkk. Hajat di hati nak bertanya Nurul Akmal Zainal tentang lampiran SBE. Tiba-tiba nampak kotak ayam goreng pulak atas meja Nor Adilah Shafie. Budget singgah 1 minit dah jadi menyinggah satu jam. Sebab Dila pelawa makan ayam. Malu. Tapi tangan dah cubit-cubit ayam tu. Boleh pulak tanya Akmal bila nak makan sebab nampak nasik bungkus atas meja dia. Akmal pulak ajak makan nasik. Ish. Baru hajat tak nak makan. Yolah tu kau tak nak makan. Niat di hati nak makan sesuap dua saja. Akhirnya dah jadi sorang setengah. Segan. Segan. Tapi makan. Terima kasih ye kamu berdua. Nanti akak belanja kamu pulak. Ada buat salah la hari ini. Hati sangat tak tenang. Perlu settle secepat mungkin. Diam boleh diam tapi Allah tahu. Ish..malu.Tutupkanlah keaibanku. Amin.. Nota...
Posts
I gazed and I gazed
- Get link
- X
- Other Apps
Gazed what? Bukan gazed pada daffodils seperti dalam poem "I wandered lonely as a cloud". Aku baru perasan ejaan wandered tu bukan 'wondered'. Aku pun pelik sebelum ni kenapa poet tu wondered kesunyian itu ibarat awan. Awan itu sunyi ke? Ish. Wandered rupanya. Travelled. Poem yang Mama Lech huraikan satu persatu dalam kelas BI tadi. Bukan jugak gazed pada boyfriend seperti yang Mama Lech huraikan makna 'gazed' tadi. Aku gazed pada assignments. Assignments yang menimbun tapi aku pasti akan dapat disiapkan tepat pada waktunya. Sebab aku bukan jenis hantar kerja selepas tarikh mati (deadline). Unless aku betul-betul tak ingat kerja tu, memang 'mati'lah semangat aku nak menghadap pensyarah berkenaan. Minggu ni agak hectic sebab berderet 3 assignments yang dah sampai 'tarikh mati'. Alhamdulillah, semalam berjaya menyiapkan Mathematics Resources dengan jayanya. Padahal sehari sebelumnya dah hampir menangis sebab tak ingat macam mana nak buat Access. ...
Esok yang tiada diketahui perjalanannya.
- Get link
- X
- Other Apps

Hari ini memang menyeronokkan kerana kelas cuma 2 jam sahaja. Lepas ni memang tidak menyeronokkan kerana kelas yang tiada akan digantikan. Hari ini juga hari kesakitan. Macam biasa la. Bila ada simptom di bawah: 1. senak perut macam gastrik 2. sentisa lapar 3. sentiasa lapar nak makan orang (menjadi garang dengan orang-orang tertentu) 4. mood swing 5. sometimes rasa nak muntah itu tandanya...malam ni dah sakit..semoga esok tak sakit dah. Beruntunglah orang-orang yang tiada mengalami sakit bulanan. Esok Jumaat..kelas kejap je. Tak tahan sangat nanti nak mintak keluar kelas awal. Peduli apa lecturer garang ke tak. Daripada berpeluh-peluh tahan sakit, bunyi suara pun boleh menimbulkan semacam kemarahan, baiklah saya beredar. Kalau dia tak bagi? duduk je la dalam kelas... (eceh, tadi kata peduli apa) Yela, nanti keluar je dapat pulak surat salah laku. Ish.. tak ada berani rupanya. Credit to google. Jangan cari pasal okay.
Hebatnya menjadi guru.
- Get link
- X
- Other Apps
Hebatnya menjadi cikgu, Ajar apa pun anak murid percaya. Ajar salah pun anak murid ikut. Akhirnya, anak murid sesama anak murid bertekak. "Cikgu ajar aku macam ni." kata si A. "Eh...xla. Cikgu ajar aku macam ni." kata si B. Padahal cikgu yang mereka katakan itu ialah cikgu yang sama. Alangkah hebatnya menjadi cikgu. Cikgu ke guru? Kenapa kat sekolah budak-budak panggil Cikgu Ali, Cikgu Bibah..tapi tak panggil Guru Ali atau Guru Bibah? Kenapa juga di sekolah, dipanggil guru besar tapi bukan cikgu besar? Konfius.
Haiwan reptilia & amfibia yg sangat 'comel'
- Get link
- X
- Other Apps
Comel? Euw!! Tarik balik!!! Saya betul2 boleh histeria ngan haiwan2 ni. Tetiba je akan jadi tak cukup tanah nak berlari. KATAK - kalau betullah cerita dongeng sape cium katak akan dapat kahwin ngan anak raja. Please! Itu bukan saya yang akan cium haiwan menggerutu atau berkulit licin tu semata-mata nak kahwin ngan anak raja. Biarlah saya kahwin ngan cikgu jugak asalkan dia akan protect saya dari ancaman haiwan ini. - tersangat geli ngan kulitnya yang licin berkilat. Kaki kecik dan melompat-lompat. - tak kira lah apa saiznya, xxs, xs, s, m, l mahupun xl...mereka tetap menggelikan. Bukan menggelikan hati ye. Menggelikan seluruh sistem badan saya yang membolehkan saya melompat lebih tinggi dari mereka. CICAK - mase kecik2 suka nyanyi lagu cicak. Masa dah besar dah ajar di 'dia' nyanyi lagu cicak. Sok leh ajar anak2 pulak. Cicak, cicak di dinding, Diam-diam merayap, Datang seekor nyamuk, Cap! Lalu ditangkap... Pergh! Pink gitu... -Yang ni paling fobia. Korang nak ejek ke nak gelak ...
Dia, pilihan hatiku.
- Get link
- X
- Other Apps

Pagi tadi saya dapat ceramah motivasi percuma dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Katanya, 'Perempuan kena bijak memilih pasangan hidup. Hati2, lelaki sekarang ni ada yang tidak solat, merokok, pemalas dan tidak bertanggungjawab.' Teringatkan seseorang... Dia, pilihan hati saya. 1. Seorang yang menjaga solat 5 waktu. "Bila masuk watu solat, rasa gelisah sebab ada sesuatu yang belum selesai." 2. Tidak merokok. Bau asap rokok pun tak tahan. Bagus untuk kesihatan diri sendiri, saya dan keluarga. 3. Menghormati orang tua. Bijak bergaul dengan keluarga. 4. Mementingkan penutupan aurat. 5. Gerak kerja yang bagus. Memimpin dengan baik. 6. Sangat memahami. Semoga saya dapat menjadi seorang yang sangat memahami seperti dia. 'Nak jadi kaya, jangan kahwin dengan cikgu. Jadi cikgu tak boleh kaya tapi bolehlah hidup senang.' Kaya tapi tak bahagia buat apa? Andai panjang jodoh kita, semoga kita sama-sama mendidik dengan niat beribadat. Kata orang, anak-anak guru mudah berj...
Hari yang memenatkan
- Get link
- X
- Other Apps
Guru itu umpama lilin. Ingat jadi cikgu ni senang ke? Ingat jadi cikgu ni keje mengajar dalam kelas je ke? Oh.. I'm so afraid about the future. The children are so...innocent. "Cikgu, izinkan saya minum air." Minum air pun mintak izin. "Cikgu, saya nak buang air kecil." "Ustazah, ustazah...buat macam ni ke?" Ustazah? Adoyai.. I feel so...guilty. Adoi, tak sampai hati nak marah korang. Buat-buat garang. Betul-betul garang. But, They are still children.. Who like to play around, keep moving eventhough... "Diam! Duduk tempat masing-masing." "Saya cakap, duduk tempat masing-masing. Jangan kacau kawan." "Eh, awak ni berapa kali nak perg tandas? Kejap-kejap pergi." A teacher should be patient. A teacher should be a mother, a sister, a friend and an EDUCATOR!