Sudah siap laporan School Based Experience. Boleh pulak terberangan-berangan macam tak ada kerja lain. Siap ber'blog walking' dan ber'facebooking' lagi. Lagak macam orang tak ada assignment. Huh. Tengok. Dia update blog pulaakkk.

Hajat di hati nak bertanya Nurul Akmal Zainal tentang lampiran SBE. Tiba-tiba nampak kotak ayam goreng pulak atas meja Nor Adilah Shafie. Budget singgah 1 minit dah jadi menyinggah satu jam. Sebab Dila pelawa makan ayam. Malu. Tapi tangan dah cubit-cubit ayam tu. Boleh pulak tanya Akmal bila nak makan sebab nampak nasik bungkus atas meja dia. Akmal pulak ajak makan nasik. Ish. Baru hajat tak nak makan. Yolah tu kau tak nak makan. Niat di hati nak makan sesuap dua saja. Akhirnya dah jadi sorang setengah. Segan. Segan. Tapi makan. Terima kasih ye kamu berdua.
Nanti akak belanja kamu pulak. jadimalu1

Ada buat salah la hari ini. Hati sangat tak tenang. Perlu settle secepat mungkin. Diam boleh diam tapi Allah tahu. Ish..malu.Tutupkanlah keaibanku. Amin..

Nota kaki: Blok sunyi sebab ramai yang pergi tengok Battle of the Band kot.

Comments

Tulip said…
waa..nama kita pun ada..hehehe

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas