I gazed and I gazed

Gazed what? Bukan gazed pada daffodils seperti dalam poem "I wandered lonely as a cloud". Aku baru perasan ejaan wandered tu bukan 'wondered'. Aku pun pelik sebelum ni kenapa poet tu wondered kesunyian itu ibarat awan. Awan itu sunyi ke? Ish. Wandered rupanya. Travelled. Poem yang Mama Lech huraikan satu persatu dalam kelas BI tadi. Bukan jugak gazed pada boyfriend seperti yang Mama Lech huraikan makna 'gazed' tadi. Aku gazed pada assignments. Assignments yang menimbun tapi aku pasti akan dapat disiapkan tepat pada waktunya. Sebab aku bukan jenis hantar kerja selepas tarikh mati (deadline). Unless aku betul-betul tak ingat kerja tu, memang 'mati'lah semangat aku nak menghadap pensyarah berkenaan.

Minggu ni agak hectic sebab berderet 3 assignments yang dah sampai 'tarikh mati'. Alhamdulillah, semalam berjaya menyiapkan Mathematics Resources dengan jayanya. Padahal sehari sebelumnya dah hampir menangis sebab tak ingat macam mana nak buat Access. Adeh. Mana aku campak nota kursus komputer aku ntah. Rugi..rugi... Special thanks to my group members, Siti Hawa Yusop and Asmat Syafiqah Faudzi. Thanks sebab carikan Tok Ayah dan Atok Faizal untuk ajar kita Access yang membengangkan itu. Korang tak salah sebab tak pernah belajar. Aku yang salah sebab lupa apa yang pernah aku belajar. My bad.

Aku nak buat assignment SBE sebenarnya. Tapi kan tadi aku gazed, sedar-sedar dah perenggan ketiga dah. Kalau aku buat report SBE pun dah cukup baik ni. Ish. Petang ni senyap. Sebab ada orang tido pas buat assignment sampai pukul 3 pagi tadi. (^_^)

Aku dah dapat kafein pagi tadi. Kesan tu ada lagi. Kalau tak, jangan harap petang-petang ni aku nak berjaga. Lazimnya aku wander dalam mimpi. Wandered ye. Bukan wonder.

Nota kaki: saya merindui mp3 itu. Kawan-kawan..air dah ada la. Air dalam baldi korang tu petang nanti buat mandi. Jangan curah je. Membazir. Air dalam baldi saya dah habis. Ada orang yang habiskan. Pelik. Siapa entah. Terima kasih ye. Tak payahlah saya angkut baldi tu masuk shower room petang nanti.


Gazed. Sebab aku buta muzik.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan