Posts

Selepas sebulan lebih.

Kerja - mula2 kami honeymoon dulu. Duduk2 kat rumah je. Sampai sebulan oi.. then baru sama2 mintak guru ganti. Rezeki husband murah sebab dapat tawaran guru ganti 3kali.. so sekarang si dia kerja sebagai guru ganti. Ajar pendidikan islam... baru betul 'suamiku ustaz'. hoho - aku pulak mula2 kerja kat Pappa Roti. Tahan daulat seminggu je sebelum cabut. Masa kerja terlalu panjang. Sabtu ahad pun kerja. Kesian sangat tinggal suami sorang2. Then aku kerja jadi pembantu taska. Masa kerja sampai 11 jam tapi gaji tak berbaloi. So, berhenti. Sekarang jadi suri rumah sepenuh masa je sebab husbang pun dah tak bagi kerja. Tunggu posting je.. sementara ada masa ni layan suami betul2. Nanti dah posting belum tentu ada masa nak buat macam sekarang. Sementara ni membiasakan diri dengan tugas2 seorang isteri sebelum jadi ibu pulak. Huhu... Anak -Setakat ni belum ada apa2 tanda lagi.. abg dah tak sabar nak timang anak. Mula2 dulu aku takut nak pregnant sebab takut sakit bersali...

Finally!

Image
Alhamdulillah.. segala puji bagi Maha Besar... ALLAH... Dengan sekali lafaz saya telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. Bertahun-tahun menyulam cinta dengan perasaan penuh tanda tanya adakah hubungan kami akan berterusan atau tidak. Syukur akhirnya kami disatukan dalam ikatan yang suci ini.  *** 1. Syukur sangat-sangat sebab ALLAH adakan pertemuan antara kami. Allah jodohkan juga kami di dunia ini. Saya berdoa agar Allah satukan kami sehingga ke syurga.. 2. Sampai sekarang saya rasa tak percaya yang dah bersuami, Dah jadi isteri orang pun.. 3. Rasa lebih tenang sekarang. Paling best masa solat jemaah dengan suami. Allah... perasaan indah sangat. 4. Mula-mula jalan nak pegang tangan rasa segan sangat-sangat. Sampai suami pun perasan saya segan dan dia kata kena biasakan. Sebab bila suami isteri berpegangan tangan maka gugur dosa-dosa melalui celah jari mereka. Allah, dosa selama hidup ni memang tak terkira.. semoga dengan perkahwinan ni makin mendek...

Update Raikan Cinta

Tinggal kurang 10 hari untuk my big day. 1. Bilik tidur mak dan abah dah siapkan.. progress dalam 70%.. tinggal nak gubah bunga untuk sisi katil, bentang cadar dan karpet je lagi.. 2. Pelamin in progress. Buat awal sebab semua sendirian berhad. 3. Dah dua hari abah cat rumah. Alhamdulillah hari ni siap. Cat luar rumah je sebab dalam rumah cat elok lagi. 4. Homestay untuk family Selangor dah settle dibayar tapi belum ambil kunci lagi. 5. Banting saya dah sampai. Lama jugak menunggunya sampai dah mesej CheapCheap kata banting tak sampai lagi. Then elok je dah hantar mesej, barang pun sampai. Alhamdulillah.. Sekarang tengah pening siapa nak gantungkan banting tu.. Rasanya akan mintak bakal adik ipar gantungkan banting.. Direction bentuk A4 dah print. Tinggal gantungkan. Belum rasa nervous lagi.. Tapi rasa excited nak pakai inai..

Tahniah

Image
Classmate... cik awe dan encik ikhwan Classmate.. cik ana dan encik kodiang BFF... puan miza dan encik keri Kawan 1 batch dan senior...pn. sen dan encik tomok.. BS pun ada. Tapi tak bawak saya. Semoga ALLAH memberkati ikatan yang terbina dan mempermudahkan kesemua urusan kita seterusnya..

Merisik

Image
Hari ni takde apa2 aktiviti berkaitan persiapan kahwin sebab mak dan abah dah letih sangat. So hari ni hari rehat. Bosan.... tengok-tengok gambar masa kena risik Syawal tadi. Teringat beberapa perkara menarik. Kena tulis supaya boleh baca kembali pada masa depan. 1. Ada miscommunication antara bakal suami dan keluarga sana sampai tersilap maklumkan masa. Janji nak datang pukul 10 pagi tapi pukul 8 pagi tetiba bagitaw tak jadi datang pukul 10.. Pukul 3 baru datang. Apa lagi, merajuk la orang ni menunggu.. Sempat la jugak menangis dalam 30 minit.. sedih sebab mak dah prepare makan pagi untuk family sana. Then kena pergi pasar prepare makan petang pulak.. Huhu.... Sampai sekarang benda2 penting saya akan suruh bakal suami tanya family dia dua tiga kali supaya tak tersilap lagi. Fikir-fikir balik, nape menangis. Bukan diorang tak jadi datang pon. Hehe... 2. Bakal suami (BS) maklumkan family dia nak datang merisik seminggu awal. Then since detik tu saya punya nervous hanya ALLAH je...

Update tinggal 2 minggu lagi.

1. Tarikh : Nikah : 8 Disember 2012  Resepsi : 9 Disember 2012 Bertandang: 15 Disember 2012 2. Theme & concept: Nikah : Putih Resepsi : Purple Gold Bertandang: Green Gold 3. Legal documents: Kursus kahwin: DONE Hiv Test: DONE Borang Kebenaran Nikah: DONE 4. Venue Nikah + Resepsi : Rumah, Assam Kumbang, Taiping Bertandang: Changkat Jering, Perak 5. Kenduri Menu + tukang masak: Esok meeting Khemah: Booked Pinggan Mangkuk: Booked 6. Pelamin: Done Guna yang dah ada kat rumah.. Tukar warna backdrop je. 7. Photographer Nikah : Booked Resepsi : Booked 8. Wedding outfits Nikah: DONE -Tudung: Shawl chiffon putih. Buat sendiri. -Veil: D.I.Y Chiffon. Sulam + beading dah siap. -Accessories: Decided tak nak pakai crown..  Resepsi: -Dress DONE -Tudung: Shawl chiffon purple. Buat sendiri. -Veil: D.I.Y Chiffon. Sulam + beading dah siap. -Shoe: Done -Accessories: Crown semata-mat...

Tinggal 2minggu

Image
Lama betul tak update..  dulu-dulu ingat bila nak kawen nak update selalu tapi bila tiba masa tak sangka macam-macam hal jadi sampai tak sempat nak update. So, hari ni sementara ada semangat nak update, update secara rawak je la ye.. 1. Persiapan almost 70% dah siap.. tinggal 2 minggu lagi. Macam-macam perasaan ada. Rasa sedih, gembira, tak sabar, kurang pasti.. macam2 la..  2. Baju untuk akad nikah, kenduri dan bertandang semua dah siap. Semua mak jahit sendiri. Aku buat beading. Penat gak buat beading. Even tak sama dengan baju-baju kat butik pengantin tu, tapi aku suka semua baju sebab buat sendiri semua.. 3. Bunting dah tempah.. semalam orang tu kata dah post. Maybe minggu depan sampai. Aku tempah dari fb je.. ni link dia .. Bunting majlis. Ikut tema purple gold. 4. Mula-mula rasa nak mekap sendiri.. tetiba mak bingung siapa nak pakaikan crown.. Crown aku beli sendiri. Sebab aku tak jumpa kedai yang nak sewakan aksesori pengantin. Last2 mak tempah ...