4 Disember 2010

My cousin. Baju nikah made by my mum. Senang la saya nikah nanti. Boleh buat songeh banyak mintak design macam-macam.

Pelamin in progress. Kerusi tak sampai lagi. Yang ni pun dibuat sepenuhnya oleh mak dan bapak saya. Not bad kan? Kalau hitam putih jadi macam mana ye?




Bilik tidur. Kain hitam atas tu melengkung sebenarnya. Maybe dalam gambar tak jelas sangat. Mak ngan bapak yang buat. Seharian bapak potong kayu buat lengkungan tu. Boleh guna ni untuk saya nanti. Tapi tukar design la.

Macam biasa, tempat makan pengantin. Gambar ni diambil pagi kenduri. Sarung kerusi pun tak tutup habis lagi. Takut kotor sangat time majlis. Nampak tak riben oren pada sarung kerusi tu? Entah siapa punya kerja, time kemas-kemas riben tu hilang satu. Pelik betul. Riben tu diikat kuat. Memang sah kena rembat. Mak yang buat sarung kerusi dan riben tu. Riben tu unik sikit sebab berjahit elok. Bukan main ikat-ikat macam riben kat kerusi kenduri selalu tu.

Meja untuk rombongan pengantin lelaki.

Pelamin yang dah siap. Sepanjang hari lampu tu tak tutup. Pentas untuk pelamin tu pun baru je bapak buat 3 hari sebelum kenduri.

My mak dan bapak. Time ni tengah buat lauk pengantin. My bapak tu berseni jugak sebab tu dia teman mak buat lauk pengantin dalam rumah. Macam biasa, ada ayam golek, udang panjat dan ikan siakap tiga rasa. Semua my mum yang masak.

Cousins... Semua cucu wan saya turun padang buat kerja. Dari yang paling tua kepada yang paling kecik. Boys kena basuh pinggan. Memang kagum la sebab takde seorang pun yang curi tulang. Diorang buat kerja sampai kenduri habis. Well done! Kak long memang bangga la ngan korang. Kenduri kak long nanti basuh pinggan juga tau. Hehe...

Dua orang budak comel ni pun sepupu jugak. Diorang bertugas bagi lolipop untuk tetamu kanak-kanak. Mak njang kat belakang tu beru lepas hantar pinggan ke stesen cuci pinggan oleh sepupu lelaki. Yang pakai t-shirt tu Pia, cucu wan paling muda time ni. Umur 4 tahun. Sehari lepas kenduri dia dapat adik, so..tak jadi paling muda la sekarang.

Pak Njang (baju oren) tengah cedok air dalam jug. Tokey air hari kenduri tu yang baju merah. Macam samseng je kan? Tapi baik.. Tu abg eddy, sepupu paling tua. Tugas dia buat air dalam tong biru.

Adik-adik sepupu tengah basuh pinggan. Memang rajin la diorang. Ingatkan nak candid je tetiba diorang perasan pulak kak long diorang snap gambar. Gambar sekerat tu pak lang.

Ni stesen cuci cawan oleh sepupu perempuan.

Pengantin dah sampai... Mak tengah cakap apa la tu ye?

Raja sehari. Akhirnya! Kat belakang tu semua keluarga pengantin lelaki.

Ni orang paling penting. Jurugambar tak rasmi. The next bride. InsyaALLAH.. Hehe. Masa kenduri dok ambil gambar orang, mana nak ada gambar sendiri. Dah malam-malam baru la ada yang nak amek gambar saya.  

Comments

Admin said…
wah..
best ny mak pndai jhit sndri,
t ley la wt psiapan awl,
wt prslinan bnyk2, hehe..
dd dudu said…
banyak yg mak ayah buat sendiri yekk, besnyeeeee heehee
wirdati said…
eh..pengantin baru... hehe..aah..sume mak n bapak yang buat. Hopefully time kenduri sendiri nanti pun sama.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan