Countdown. 3 minggu lagi.

Lagi 3 minggu sebelum pulang ke Penang. Sebelum memulakan semester yang mana saya perlu ke sekolah untul berlatih mengajar. Impian masa cuti macam hampir tak kesampaian je.

Belajar menjahit.
At least nak try jahit blouse sendiri. Kain pulak tak beli lagi. Nak belajar menjahit kena la beli kain yang murah-murah. Kalau beli kain harga RM10 semeter, bukankah berputih mata kalau jadi baju untuk adik (padahal nak buat baju sendiri). Ataupun mungkin lebih teruk terus jadi kain buruk (padahal baru beli). Jenis kain dah intai-intai di Nagoya Tesco Taiping tapi time intai tu tak ada duit. Tengoklah nanti. Tengok lagi..bila nak beli?

Beli buku
Dah lama tak beli buku. Rindu pula pada hobi yang satu ni. Yang mana satu hobi ni? Beli buku or baca buku? Rasanya last beli buku Telaga Ilmu di Megamall Penang. Asyik terbayang je kedai buku sederet Tabung Haji tu. Banyak buku-buku best. Beli seronok. Baca? Sekerat. Bila ingat pula buku Don't Be Sad tak baca habis lagi, rasa sayang nak beli buku baru. Tapi nak buku baru... (belikan bleh? hehe)


Semalam ikut tok sedara pergi berubat. Elok je sampai rumah orang tu, ajak mak dan bapak pergi solat dulu sebab dah pukul 6. Takut nanti berubat lama sangat. Balik je dari masjid, dengar tok sedara ngah jawab soalan-soalan orang tu. Bapak kata, "Dia dah masuk."

Seram gak sesekali sebab yang bercakap tu bukan tok sedara saya. 
Tambah seram bila dia mintak macam-macam nak makan.
Lebih seram bila dia menangis berlagu-lagu sebab kena paksa keluar.
Ish. Selalu tengok dalam tv je.
Tak sangka betul banyak lagi benda-benda macam ni zaman sekarang.
Yelah kan. Bukan kita je yang hidup di muka bumi ALLAH ni.
Kena percayalah yang tu.

P/s: Tolonglah jangan forward benda-benda yang bila 'klik' keluar muka menakutkan tu. Terkejut tau!

Comments

ahsfantasy24 said…
wah...
bestny da pndai jhit blous!

jom kte p beli buku fntasi rayyan ^^

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas