Bagaimana akhirnya saya bertudung.

Salah satu misi time cuti yang saya pernah mention sebelum ni dalam post INI, dah tercapai. Kali ini bukan setakat berjaya beli je. Berjaya habiskan baca jugak dalam masa seminggu. Yeay! Tak membazir beli buku. 
Dulu saya pernah baca buku ni tapi tak habis pun. Yang ni edisi lama. Cover page dia pun gambar tudung dulu-dulu.


Yang ni edisi baru. Buku ni lah yang saya beli. Cover page dia lebih menarik. Lagipun buku ni hasil tulisan salah seorang wanita JIM.


Maybe sebab buku dia tak tebal sangat so bolehlah habiskan cepat. Banyak kisah menarik macam mana orang-orang dalam buku ni akhirnya bertudung.

Pendapat pasal cerita dalam buku ni:
- Rezeki masing-masing la. Ada yag dapat kesedaran bertudung ni melalui asuhan keluarga. Ada juga yang dapat kesedaran melalui kawan-kawan. Hidayah milik ALLAH kan.. macam-macam cara Dia boleh bagi apabila Dia berkehendak.

Cerita saya pula

Saya mula bertudung full time masa darjah 4. Sebelum tu memang on off. Tambah pulak duduk KL (ada kaitan ke?). Maybe surrounding masa tu yang sebabkan saya tertinggal train bab bertudung ni.

Saya pun tak ingat bila masa saya start pakai tudung even dalam rumah (if ada bukan mahram). Tapi permulaan memang jadi orang pelik la. Selalunya situasi ni di kampung la. Bila tak buka-buka tudung tu ada je yang tegur.

"Nak pi mana lagi tu selendang tak tanggai lagi"
"Mak, along nak pi mana pakai tudung malam-malam?"
"Tak panas ke pakai tudung dalam rumah?"
"Along, awat pakai tudung tak bukak?"

Mula-mula nak start tu memang segan. Macam biasa la, hari first tu memang tak tahan 24 jam pun. Panas sampai rasa pening. Tak tahan daulat, tahan 5 ke 6 jam je then kepala bogel. Pastu try lagi. Kali kedua memang tekad la. Pe jadi pun tak nak tanggal. Alhamdulillah berjaya. Memang malu nak start tapi sebab dah taw benda tu wajib buat, tapi lebih malu lagi bila dah start buat tapi tak berjaya teruskan. Sebab tu nekad jugak nak pakai tudung even pening dan rasa berkuap mula-mula. Pakai tudung luar rumah satu kebiasaan tapi pakai tudung dalam rumah, mula-mula tak selesa. Sekarang ok. Alhamdulillah.

Family pun dah tak tanya kenapa tak tanggal tudung. Paling happy sekali, adik perempuan saya yang tengah pun dah pakai tudung full time (luar dan dalam rumah if ada bukan mahram) tanpa saya paksa. Alhamdulillah. 

Sekarang ni lagi senang nak bertudung dalam rumah. Guna je tudung indon yang sarung saje. Mudah. Sebelum ni guna tudung bawal. Agak panas dan kurang selesa sebab kena pakai pin segala. Sekarang pilih je tudung indon yang kain tebal sikit (so tak payah pakai anak tudung) then boleh bertudung sepanjang hari. Mudah kan.
Teringat ada seseorang pernah pesan:

Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

Saya still lagi seseorang yang banyak buat salah. Belum lagi jadi yang terbaik. Sentiasa tidak sempurna. Tapi saya pegang kata-kata tu. Pesan si dia, "Sebab rasa masih jahatlah tak boleh tinggal perkara baik yang masih mampu kita buat"

Saya masih tak mampu patuhi syariat sepenuhnya. Tapi saya sentiasa berdoa semoga dipermudahkan jalan.
Saya suka tengok orang pakai jubah sentiasa. Saya suka tengok orang bertudung labuh. Saya suka tengok orang kerja untuk Islam. Saya suka tengok orang pakai purdah. Saya suka tengok orang bawa usrah. Saya suka tengok orang bercinta secara halal. Saya suka tengok orang baca Quran.

Saya pun nak jadi macam orang-orang yang saya suka tengok.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan