Mari merepek sambil makan kerepek. (Edisi perempuan)
Motif makan kerepek? Sebab tak masak. Sudah 2 hari kembali ke rumah tapi sempat masak air je. Err.. ngan mi segera. Mak pula sedang berlatih menjadi mem besar yang memiliki tukang masak. Hehe... bezanya kena keluarkan duit. Masing-masing terlampau rajin so kita beli je la.
Hari ni sempat basuh baju dan kemas dapur je. Kalau diberi pilihan antara ruang tamu dengan dapur, aku lebih suka kemas dapur. Dapat dapur yang berkecah pun takpe sebab aku suka susun balik barang-barang kat tempat masing-masing. Masa kat dapur ni, aku ada peraturan sendiri.
1. Aku suka masak sambil cuci perkakas yang dah digunakan. Contohnya, masa goreng ikan bolehlah basuh pinggan-pinggan kotor. Mak aku pulak suka kumpul perkakas masak yang kotor dalam singki banyak-banyak. Dah siap masak baru basuh. Hmm... yang ni aku tak suka buat sebab nanti letih. Mak suka longgok-longgok pinggan dalam singki supaya anak-anak dara dia ada keje nak buat kat dapur. (^_^)
2. Lepas siap masak, lap dapur dan dinding yang terkena minyak or apa-apa je la yang kotorkan dapur tu. Mula-mula lap dengan span bersabun. Then, lap dengan span bersih. Lastly, lap dengan kain bersih. Ni memang asuhan mak aku sejak dulu-dulu lagi.
3. Time basuh beras baca Bismillah and selawat. Yang ni ustazah aku pesan sebab nanti yang makan tu ahli keluarga kita. Bukan nak bagi makan ayam.
4. Dalam periuk nasi tak boleh tinggalkan senduk di dalam. Sama la juga dengan dalam periuk dan kuali. Sudip dan senduk tak boleh tinggal kat dalam. Lepas senduk, basuh terus ataupun letak atas piring. Orang tua-tua pesan kalau tinggalkan senduk dalam kuali or periuk, nanti buat kerja ada saja yang menghalang. Disebabkan mak memang asuh dari dulu so memang dah jadi habit. Kalau nak tinggal senduk dalam periuk je, jadi susah hati.
5. Bila basuh kuali, pastikan tonyoh bontot kuali tu supaya tak hitam melegam. Kuali kat rumah aku memang tak berkerak arang sebab mak memang pantang kalau bontot kuali jadi hitam. Kalau memang kuali tu hitam lain cerita lah. Yang penting tak boleh sampai berkerak.
6. Kalau cuci talam, bukan setakat cuci dalam. Bawah talam pun kena cuci jugak. Mak aku cakap, orang tak tengok tempat-tempat yang senang nampak ni. Kalau nak tahu orang tu pembersih ke tidak, tengok kat tempat-tempat tersembunyi.
Dah le tu.. banyak lagi peraturan dapur. Nasib le anak-anak mak aku semua perempuan. Kesian pulak kat menantu perempuan mak kena tonyoh bontot kuali hari-hari.
Dah berumur ni kena lebih peka bila mak masak. Takut mak mertua cakap "Mak tak ajar ke?" bila duduk kat dapur. Mak pulak suka sound-sound "Potong sayur macam mana ni? Mak mertua marah nanti jangan cakap aku tak ajar." Ohhhooo... mak tahu je ek jawapan yang akan aku bagi kat mak mertua nanti. Hihi.
Mee Kari tak master lagi ni. Ish!
Comments
cik amal: u kahwen i musti datang punya. jangan tak jemput taw.