Hari Guru = Cikgu dapat banyak hadiah.. (^_^)

Hari ni 16 Mei. Tahun 2005 dan tahun-tahun sebelumnya, tarikh ni saya akan ucapkan Selamat Hari Guru untuk pendidik-pendidik tersayang di sekolah. Post khas sempena hari guru untuk guru-guru yang telah meninggalkan kenangan dalam diri saya:

1. Cikgu Ani

Cikgu masa sekolah TADIKA KEMAS di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Seingat saya, Cikgu Ani sangat-sangat penyabar. Tak pernah langsung saya kena marah dengan dia. So, masa Cikgu Ani cuti bersalin, mak cik tukang masak gantikan cikgu (teror you, mak cik tukang masak saya.. huhu). Garang gila mak cik tu. Terus jadi rindu dengan Cikgu Ani yang sangat loving tu. 

2. Cikgu Fatimah

Cikgu masa di TMGS dulu. Cikgu Bahasa Melayu yang tegas dalam kelas tapi tak tahu kenapa saya sayang sangat dekat dia. Mungkin sebab bila saya cium tangan dia lepas kelas dia akan cakap " Semoga berkat semua ilmu yang saya ajarkan pada kamu."
Terharu sangat sebab cikgu doakan saya depan-depan.
Then, sibuk dengan pantun, bahas dan forum. Cikgu Fatimah yang asuh. Setiap kali habis latihan cikgu akan hantar balik. Pertama kali saya makan mee kungfu, cikgu Fatimah yang bawa (bab makan susah lupa ye.)

Pantang cikgu kalau dia masuk kelas papan hitam penuh dengan debu kapur. So, sebelum dia masuk kena pastikan papan hitam lap dengan kain buruk. Kalau tak...
"Saya nak kamu tanggalkan seluar dalam kamu untuk jadi kain buruk dan lap papan hitam."

Berani?
Sumpah, tak berani!

Selamat Hari Guru juga untuk semua guru yang telah mendidik saya. Semoga saya dapat jadi guru yang baik seperti cikgu semua.

p/s: Bukan hadiah yang cikgu harapkan tapi kejayaan anak didik merupakan hadiah yang paling bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan