Tengah-tengah minggu exam ni boleh pula keluar list praktikum

Assalamua'laikum.

Exam seterusnya Isnin nanti. Paper math pedagogi. Berderet jadual exam 4 hari berturut-turut.
Then boleh pula semalam list praktikum keluar. So, next sem dekat seberang pula. SK Batu Kawan. Be friendly ye, next school. Masalah sekarang either nak stay asrama di pulau ni or stay dekat seberang je. Tak decide lagi tapi duduk di asrama jadi pilhan terakhir. If possible nak rumah berdekatan sekolah. Nak seberang jambatan ni duit lagi, minyak lagi. Sama je kot dengan sewa rumah. Semoga semua dipermudahkan. Mudah dapat rumah sewa (harap2 dapat yang elok dan murah la), mudah dengan pihak pentadbiran sekolah, mudah dengan murid-murid, mudah dengan P&P, mudah dengan lecturer, mudah di dunia and akhirat.

Cerita pasal last paper, budaya. Macam ape la punya soalan. Tak ada dalam buku langsung. Istilah yang tak pernah belajar pun ada. 

Etnosentrisme: cenderung memandang rendah terhadap budaya dan etnik lain. Menganggap etnik dan budaya sendiri lebih tinggi berbanding yang lain.

Istilah ni insyaALLAH betul sebab memang diajar dan saya ada terbaca dalam buku.

Istilah yang tak pernah tahu!...

xenosentrisme:Sudah..ape benda la perkataan ni??
saya positifkan saja jawapan untuk etnosentrisme. Pendek kata memang pakai hentam saja.

So, after googling..

Istilah ini berarti suatu pandangan yang lebih menyukai hal-hal yang berbau asing. Ini adalah kebalikan yang tepat dari kata etnosentrisme [Shils, 1972; Wilson et al, 1976]. 

Haha... tak tahu la kalau ikut skema betul ke tak.
_____________________________________

Tengok page bakal sepupu tadi. Mak oi... sangat outspoken. Hehe.. Memang baik menegur ke arah kebaikan. Menyeru kepada yang haq. Tapi.. terlalu open.

Mungkin tu cara yang terbaik pada hemat beliau.

"Kadang-kadang kita tak boleh guna kelembutan."  (By: seseorang)

Minta maaf, kalau saya yang kena tegur macam tu. Sentap! Malu! Dendam (astaghfirullah..)

Kerana saya insan yang lemah. (^_^)

Tapi saya puji sebab apa yang beliau lakukan tu betul.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan