Family Day

Hari ni special dalam hidup sebab family day. Bukan senang nak berhimpun satu family even family saya kecil je. Angah blaja di Selangor, saya di Penang. Bapak kerja di Gerik. So, holiday je dapat berhimpun. Family day kali ni lebih special sebab ada bakal menantu mak (InsyaALLAH)...

Rancang nak pergi akuarium di Batu Maung. Tapi masih ditutup. Dah lebih setahun kot. Tahun lepas bawa adik-adik nak masuk akuarium tu pun still tutup. Masalah budget rasanya. Macam terbengkalai je. Rugi la kan, tempat cantik. Gambar-gambar dalam internet bukan main cantik lagi. So teringin la nak tengok keindahan tu sendiri tapi tutup la pula. Kecewa.. Nasib baik rumah Tok Njang dekat je. Macam biasa, Tok Njang ajak makan di restoran dia. Segan la. Untunglah kami bukan bangsa ambil kesempatan. Kalau tak, every week makan kari kepala ikan percuma la nampaknya. Huhu.

Sampai Feringgi pun dah petang, ombak bukan main kuat lagi. Laut bergelora!

Tak dapek la mandi.. Sedih juga sebab jauh-jauh mak datang tapi tak dapat bawa mak dan adik-adik pergi mandi laut. Ada abg yang memancing tu cakap, kalau nak mandi laut datang hujung bulan. Kalau awal bulan macam ni memang laut bergelora. Manalah kami tahu. Maybe next time. InsyaALLAH.

Next destination, rumah mak lang di Seberang Jaya. Makan lagi! Yeay! (patutlah bulat.. huhu).

Sedih juga sebab tak dapat cari tempat yang selesa untuk family berkelah. Makan pun atas batu-batu tepi laut sebab nak berteduh dari panas dan selamat dari ombak yang mengganas.

Selamat Hari Ibu, mak...
Hari ibu tahun ni mak datang Penang bawak adik-adik dan makanan yang sedap-sedap.
Mak potong puding milo sambil nyanyi selamat hari ibu.
Thanks for being such a great mak.
I love u, mak.

p/s: tahun ni anak mak boleh kawen x? (hehe...lari.........!!!!!!!!!)

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas