Celoteh rawak

Malam ni hujan lebat. Bila hujan tengah-tengah malam macam ni maka eloklah kita tidur. Walaupun lusa sudah mula exam, eloklah tidur didahulukan kerana tidur yang cukup membantu otak bekerja. Haha.


Aku rasa sem ni paling teruk. Lusa nak exam aku still main-main lagi. Study sikit-sikit. Malaslahhhhh!!! Nak ubat rajin. Meh bagi sape yang ada ubat rajin.


Semalam Hari Ibu.. Hari-hari pun hari ibu sebenarnya... so bersempena dengan hari-hari hari ibu, aku pun belikan buku masakan untuk emak. Mak is the best cook ever! Sempat lagi aku pesan kat mak, 3 minggu cuti boleh la mak masak satu hari satu jenis lauk baru untuk aku.


Sem depan mesti ada dinner sebab final sem kan.. so nak mintak mak buatkan baju la untuk gi dinner. Aku ni budak kampung. Mana ada baju cantik2 nak gi dinner bagai ni. My mak is the best tailor in the world (sebab free.. haha). Seriously, my mak jahit baju cantik-cantik belaka. Aku tak pernah lagi beli baju kurung kat kedai. Semua my mak jahit. Tak caya sudah.



Apa aku nak cerita lagi? Tetiba plak lupa...



Oh, posting!


Aku mintak Perak, Selangor, Penang. Pilihan pertama memang mudah. Aku memang nak blik negeri sendiri. Selangor in case Perak penuh, at least aku ada sedara mara belah abah kat sana. Penang last choice sebab aku rasa Penang lagi dekat dan aku dah duk Penang since 2007. Harap-harap tak dapat belah pulau. Tak sanggup menghadapi jem. Kos hidup tinggi. Hopefully dapat posting dekat dengan Mr. Someone supaya mudah nak uruskan hal selanjutnya.. Semoga batch tahun ni semua dapat semenanjung. Amin~




Kejap rasa nak kawen. Kejap rasa takmo lagi. Konfius dengan diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan