Merungut tentang sesungut
Sebelum aku merungut tentang sesungut dengan lebih panjang lebar, aku just nak meluah perasaan dulu. Ceh, merungut tu pun salah satu cara meluah perasaan jugak.
1) aku dah hilang minat nak menulis blog. Sebabnya... ada someone yang aku tahu akan baca blog ni dan seriously aku harap dia tak baca blog picisan ni. Takde faedah pun dik oi... Bila aku mengenangkan someone tu, terus aku tekan icon (x) kat penjuru kanan screen ni. Segan sungguh la! (segan dua-dua makna.. utara dan selatan)
2) aku ada exam paper Action Research hari Khamis ni. Tapi aku tak stadi lagi. Hampeh betul!
3) aku pelik dengan maktab ni. Bayangkan ~ (ada awan2 atas kepala)... aku dah duduk maktab ni 5 tahun. Bilik ni memang dah penuh dengan barang. Peraturan baru kata, Sila Kososngkan Bilik Anda Sepenuhnya. Barang-barang boleh letak dalam bilik tv. Kau tahu bilik tv tu besar mana? Hm.. aku belum sempat ukur lagi. kau tahu penghuni blok ni ramai mana? Satu bilik 2 orang, ada 4 aras. Setiap aras ada 16 bilik. Kau kira! Belum masuk lagi GSTT yang duduk satu dorm dalam surau blok. Pengurusan ingat muat ke nak letak barang semua dalam bilik tv tu? Sebelum ni pun bilik tv tu memang untuk budak-budak aras ground floor je. Teruk! Dah la duduk atas tak tahu masalah orang bawahan macam kitorang ni lepas tu senang-senang keluarkan arahan. Cakap pasal pengurusan ni memang sakit hati betul. Malas la fikir.
Back to main topic. Sesungut.
Senggugut sebenarnya.. or menstrual pain. Ada perempuan beruntung, tak sakit pun time datang bulan. Aku antara yang bertuah la... aku tak beruntung tapi bertuah. 2 hari pertama datang bulan gerenti aku tersadai atas katil. Kalau aku jalan pun orang nampak aku macam perempuan lepas bersalin dalam pantang. Pernah nampak? Macam tu la aku jalan. Kalau first day, aku boleh jalan tapi nanti aku stop. Jalan lagi. dua tiga langkah, aku stop. Baik aku duk atas katil diam-diam. Tido.
Seingat aku masa baru-baru datang dulu tak sakit macam ni. Dah tua-tua ni makin sakit pulak. 2,3 bulan ni naik sampai 3 hari baru reda. Benda ni orang yang rasa sakit tu je faham sakitnya. Dalam kelas memang aku ada geng sakit ni so kalau bulan tengah mengambang memang geng sakit ni akan cover untuk kedatangan. Orang yang tak sakit tapi tipu sakit ni sebab nak ponteng kelas, orang tu memang bodoh. Allah bagi kau sakit ni baru padan muka kau.
Mak ajar bila sakit tuam bahagian bawah pusat dengan botol panas. Botol tu isi dengan air panas. Dulu aku memang buat la. Tapi leceh. Kau tengah sakit ada masa lagi ke nak gi masak air segala. Takda maknanya. Selalu memang aku telan panadol pastu tido. Tapi orang kata panadol ni kalau biasakan tak elok. Kalau sakit memang kena amek sampai 3 kali. Setiap bulan pulak tu. Memikirkan nanti bersalin mungkin aku akan perlukan pain killer, aku amek keputusan untuk berhenti amek panadol bila datang bulan. Takut bila tiba masa nanti pain killer pun da tak bagi efek kat badan aku sebab kerap sangat amek ubat.
So, aku pakai ni sekarang:
Memang berbahang la pakai ni. Kalau tak sakit saja-saja sapu kat kulit memang aku tak tahan. Panas. Bila sakit memang aku sapu ni kat perut, lutut dan pinggang sebab semua rasa sengal nak tercabut. Bila dah rasa panas aku fokus kat rasa bahang tu so otak ni kurang fokus kat sakit senggugut tu. Senggugur masa praktikum memang aku bau lotion ni sebab setiap sejam aku akan gi toilet sapu lotion ni untuk panas.
Ni bantal panas. Ganti tungku. Benda ni boleh pakai kat bilik je sebab aku guna masa baring. Memang membantu la. Ni bantal panas kedua sebab bantal panas pertama aku rosak. Tak boleh charge. Benda ni lagi senang berbanding air panas dalam botol. Tahan panas lebih sejam.
Pada aku dua benda ni memang diperlukan setiap bulan. Bantal panas ni bagus gak untuk sakit or muscle pain sebab sukan. Berbaloi la beli. Setiap bulan memang aku guna bantal ni dua hari. Hari-hari lain bantal ni duduk dalam almari je.
Penggunaan dua benda ni seriously tak menghilangkan rasa sakit mestrual pain tu. Tak hilang pun... tapi membantu aku untuk lalui sakit tu dengan usaha yang terdaya. Kuranglah sikit sakit tu berbanding tak usaha apa-apa. Gerenti berguling-guling sambil nangis macam dulu-dulu.
Mak kata kalau ikut dia, lepas kahwin hilanglah sakit ni.
Buat masa ni sabar je la dulu...
Bak kata geng yang sakit sama:
Menunggu setiap bulan untuk hadapi sakit ni agak mengerikan.
Banyak lagi nak tulis tapi sambung lain kali je la...
Comments