Posts

Mendung, hujan. Cuaca buruk.

Image
Hari ini cuaca mendung. Lonely. Full of frustrated. Pagi tadi cerah. Friendly. Full of joy. Benci bila jadi camni. Pergi kau hujan. Pergi kau mendung. Biar hari aku sentiasa cerah. *** Dilema betul minggu ni. Semoga semua settle segera. Aku tak suka tertekan lama-lama. Leraikan perlahan-lahan...perlahan-lahan.... Teringat kisah seorang teman. Dia menganggap hidup ni memang seorang diri. "Kau sayang mak kau x?" "...." (diam) "Kau sayang adik beradik kau tak?" "....(diam) Tak rapat. Aku selalu tampar adik aku." "Kesian dia. Kau kena la sayang orang, barulah orang sayang kau" "Aku tak rasa perlu .Aku lahir sorang-sorang (maksudnya dia kuar dari perut mak dia berseorangan.), nanti aku mati pun sorang-sorang. Bukan ada yang nak temankan aku mati pon. Jadi, aku tak perlukan orang lain untuk spoil my day and my mood. Buat apa aku sayangkan orang kalau nanti aku akan tinggalkan dia dan dia akan tinggalkan aku." .......... ......... .....

Menang Cabutan Bertuah? RM 20, 000...banyak tu.

Imbas jap. Apa yang menarik tentang semalam dan hari ni. 1. Pertama kali tengok orang main bola dalam cuaca snowy (adeh, alangkah primitifnya saya). Snowy cam blog ini. Of course bukan di Malaysia. Kalau Malaysia snowy alangkah indahnya dan...alangkah seramnya. Earth is getting old. 2. Kecoh pasal barang baru yang sendiri dan kawan-kawan pakai. HAHA. Ini kebiasaan ye. Asmat & her hubby (Spek baru. Bak kata bebudak ni, 'spek couple'). Ana (baju baru. Cantik. Siap promote lagi. RM25 sepasang. Murah-murah. Order siap-siap.). Saya (tudung baru. Harga RM15. Masa beli tudung macam ni kat Komtar, warna purple untuk padankan dengan baju raya, harga yang saya kena Rm38. Cit. Tertipu sudah. Mak cik tu la. Tipu saja. Takpela..rezeki dia. Yang penting sekarang saya dah tahu tempat nak beli tudung cantik dengan harga termurah tentunya.) 3. Baru dapat mesej ni: Name: Number: +60148669746 Content: Nombor:SimCard Anda tlh terpilih dlm undian &Me- menangi Hadiah terkini,RM20,000 NO.SIRI...

Cuti dah nak habis...

Cuti 10 hari sudah tinggal 2 hari saja. Cemburu sungguh masa ini. Mula je cuti, mula la mengangkut buku-buku dan fail-fail. Konon-konon mau buat itu assignment. Huh, dusta semata-mata!! Hujung-hujung cuti macam ni baru la terhegeh-hegeh nak buat keje. Cyber Cafe pulak tutup. Mana nak print ni?? Assignment Pengurusan Tingkah Laku dan Bilik Darjah kena hantar Selasa depan. Ish..dah la tak mula apa lagi pun. Teruk betul. Bahaya ni. Silap-silap boleh kena pangkat 'student bermasalah.' Ish, tak sanggup..tak sanggup... Betul-betul kena mula buat tugasan sekarang.

Gendang gendut tali kecapi...kenyang perut makin gendut,

Image
Baby makan tembikai? Tembikai dimakan oleh baby? Tembikai. Baby. Oh...manisnya.. Saya sudah kenyang. Bukan makan tembikai. Makan makanan mee rebonding lagi buat kali yang.... tak terkira. Bosan. Saya baru tahu ada cerita bersiri kat tv tu cerita buatan Israel. dan dilakonkan olah orang-orangnya. Sebelum ni tak perasan langsung. Baru-baru ni ada disebut-sebut tentang Yahudi dalam cerita tu. Semalam. Nampak bendera Israel dalam cerita tu. Slow sangat saya ni. Bila dah tahu macam tu rasa tawar hati dah nak tengok. Tengok tajuk cerita tu pun dah rasa tak gembira. Tak sabar nak pergi tempat ini. Dulu masa matrikulasi dah pernah pergi sekali. Nak pergi lagi buat kali kedua. Sungai Petani dengan Alor Star jauh tak? Boleh tak kalau tak pergi SP tapi pergi Alor Star? Pictures from google.

Buat-buat pandai okay.

Image
Berkat kebosanan makan terwujudlah makanan ini bagi mengisi perut yang turut bosan. HAHA. Saya buat macam ni: Panaskan 3 sudu minyak masak. Panaskan dalam kuali. Jangan panaskan guna cerek. (cubaan membuat lawak. Tak lawak OKAY!). Potong dadu satu labu bawang besar. Campak je dalam minyak yang dah agak panas tadi. Kacau sampai naik bau, masukkan daging cincang. Agak-agak la nak makan bape banyak. Jangan sampai sekilo okay. Ni hidangan 2 org je. Table for two. Oh..romantik... Kembali ke dapur. Masukkan 1/3 sos pasta tradisional Prego. Saya guna yang dalam botol kaca tu. Tambah air. Campak la garam, gula dan perasa. Jangan biar sampai kering. Kering sikit takpe. Jangan kering banyak. Adoi. Apa ini? Masuk bunga kobis dan kacang panjang yang dah siap potong. Jangan masuk yang belum potong lagi. Demi kebaikan bersama, baik potong dulu. Baru mak mertua sayang. Oh, mother in-law..sayang la menantumu ini. Amin. Tunggu kejap sampai sayur masak. Letak Cili potong dan serbuk lada hitam. Masuk ju...

Love driving... don't prefer riding.

Benci betul bawak motosikal. Bukan angkat motosikal itu. Riding. Macam mana nak bawak motosikal atas bahu. Tunggulah nanti bila saya dah jadi wonderwoman (apekah?). Sudah. Ni semua gara-gara bosan. Sanggup pergi kedai malam-malam semata-mata nak cari barang nak masak spegheti. Bila nak masak tak tahulah. Macam ape je bila tunggang motor. Semalam terlajak press minyak. Sampai terlupa brek kat mana terus tahan guna kaki. Nasib baik tak laju. Aish..merosakkan kredibiliti sungguh. Hari ni pulak terlupa angkat tongkat. Terseret-seret. Berbunyi-bunyi. Yang membengangkan ada pulak orang yang wat bunyi sama cam bunyi tongkat terseret tu. Dah. Dah. Saya dengar la. Tongkat motor saya berbunyi sebab sakit terseret. Kau tu kenapa? Terseret jugak ke? Kalau nak tolong angkatkan tongkat motor ni takpe la jugak. Aish..malu lagi. Tak nak dah naik motor. Kereta takde tongkat. Takde la terseret-seret. Kau yang berbunyi tadi. Kau tunggulah nanti aku lalu kedai kau drive kereta. Memang aku tak reti bawak m...
Kehidupan selepas perkahwinan... Thanks to Youtube. Sangat sweet.