Buat-buat pandai okay.

Berkat kebosanan makan terwujudlah makanan ini bagi mengisi perut yang turut bosan. HAHA.

Saya buat macam ni:

Panaskan 3 sudu minyak masak. Panaskan dalam kuali. Jangan panaskan guna cerek. (cubaan membuat lawak. Tak lawak OKAY!).

Potong dadu satu labu bawang besar. Campak je dalam minyak yang dah agak panas tadi. Kacau sampai naik bau, masukkan daging cincang. Agak-agak la nak makan bape banyak. Jangan sampai sekilo okay. Ni hidangan 2 org je. Table for two. Oh..romantik...

Kembali ke dapur. Masukkan 1/3 sos pasta tradisional Prego. Saya guna yang dalam botol kaca tu. Tambah air. Campak la garam, gula dan perasa. Jangan biar sampai kering. Kering sikit takpe. Jangan kering banyak. Adoi. Apa ini?

Masuk bunga kobis dan kacang panjang yang dah siap potong. Jangan masuk yang belum potong lagi. Demi kebaikan bersama, baik potong dulu. Baru mak mertua sayang. Oh, mother in-law..sayang la menantumu ini. Amin.

Tunggu kejap sampai sayur masak. Letak Cili potong dan serbuk lada hitam. Masuk jugak 2 biji tomato yang dipotong empat. Memang masam tapi saya suka. Kamu? Tak suka boleh la letak gula batu. Tipu saja.

Tadaa!!! Dah siap.

Makan dengan apa?

Dengan spegheti la.. Rebus 1/5 daripada sepeket spegheti (mee yang telah rebonding)
dalam air yang mendidih. Boiling water tu letak garam sikit dan minyak. Tak nak bagi spegheti melekat. Bab ni fail sikit. Saya guna San Remo. Kalau tak salah kena rebus 8 minit. Masalahnya, saya selalu tak set time. Sila rujuk cara yang betul dari orang-orang yang pakar ye.

Boleh makan..
Yummy.

Jom makan. Saya dah kenyang kena 2 round.

Ni semua gara-gara tengok cerita Rattatouille kat astro. "Semua orang boleh memasak."
Malangnya future husband (InsyaALLAH) tak layan makanan western ni.
Future mother in-law? Hehe. Nanti saya tanya. "Mama nak makan tak spegheti saya masak?"
Akhir kata, tambatlah hati orang-orang yang anda sayang melalui masakan.
flute

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan