Menang Cabutan Bertuah? RM 20, 000...banyak tu.

Imbas jap. Apa yang menarik tentang semalam dan hari ni.

1. Pertama kali tengok orang main bola dalam cuaca snowy (adeh, alangkah primitifnya saya). Snowy cam blog ini. Of course bukan di Malaysia. Kalau Malaysia snowy alangkah indahnya dan...alangkah seramnya. Earth is getting old.

2. Kecoh pasal barang baru yang sendiri dan kawan-kawan pakai. HAHA. Ini kebiasaan ye. Asmat & her hubby (Spek baru. Bak kata bebudak ni, 'spek couple'). Ana (baju baru. Cantik. Siap promote lagi. RM25 sepasang. Murah-murah. Order siap-siap.). Saya (tudung baru. Harga RM15. Masa beli tudung macam ni kat Komtar, warna purple untuk padankan dengan baju raya, harga yang saya kena Rm38. Cit. Tertipu sudah. Mak cik tu la. Tipu saja. Takpela..rezeki dia. Yang penting sekarang saya dah tahu tempat nak beli tudung cantik dengan harga termurah tentunya.)

3. Baru dapat mesej ni:

Name:
Number: +60148669746
Content:
Nombor:SimCard
Anda tlh terpilih
dlm undian &Me-
menangi Hadiah
terkini,RM20,000
NO.SIRI;9R619YK
dr Syrkt (SHELL-
BERHAD)Sila dail;
014-2046355

Ini tidak menarik.Penipuan semata-mata. Dapat je mesej ni hati berbunga-bunga. Duit kan. Sape sedih dapat duit? Rasa nak kol je no yang dia bagi ni. Tetiba terfikir betul ke tipu ni? Terus google. Mak aih, ramai bebenar yang dapat mesej ni.

Nota lutut (sebab dia di tengah-tengah entri): Jika betul ada pemenang, pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi dengan headletter.
Syarikat sebenar akan menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama syarikat. Tambahan pula syarikat besar.

Nota kaki:

Kalau dapat RM20, 000? Saya bagi RM10,000 pada future husband. "Jom kita berumah tangga. Now!" Ops...

Comments

Mrs Camillo said…
ya, kalau saya dapat rm20000, saya akan:

-terus g pejabat agama tempah tok kadi
-terus pergi beli cincin kami..
-ya, ya dan hantaran kami juga
-oho, lepas tu, g beli kain baju nikah
-terus pergi ukur badan bersama-sama kemudian diet dgn bersungguh2 supaya badan maintain ja nikah nanti
-bayar duit katering kat mak

-> tambang kapal terbang ja bakal suami kene settlekan sendiri untuk datang rumah saya. :D takkan itu pun saya nak sapot? macam paksa kawin ngan saya ja. hahahaha
wirdati said…
Wow!! bernas yang amat..
HAHA

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan