Cerita banyak tajuk

Weekend/ Hujung minggu.

Adik tersayang datang Penang. Maka, merayaplah dua beradik ni. Tempat-tempat yang bertuah dilawati ialah:

1. Megamall (Pacific) kat seberang. Comment adik: Macam tak hidup je tempat ni. Aku tengok cam tempat dalam game zombi. Nanti tiba-tiba ada zombi muncul. (Oho..main lagi game banyak-banyak ye..)

2. Kompleks Bukit Jambul. Okeh, dia jumpa banyak baju dah.. borong..borong. Saya dah tumpas malam itu. Adik tersayang pun dibiarkan bershopping bersama-sama abang long. Kaki kecik tak larat tampung badan. (kecewa). Korang shopping la. Saya tolong tengok je.

3. Pagi-pagi Sabtu dah menuju ke Bukit Bendera. Berangan saja mahu tunjuk kabus dari atas Bukit Bendera. Mahu tunjuk kereta kabel. Bla. Bla. Okeh, pagarnya tutup. Tengah baiki kereta kabel kot. (Kecewa)

4. Batu Feringgi. Best. Best. Walaupun jalan sangat memeningkan. Selekoh kat atas bukit sangat mencemaskan. Perkara yang tak pernah dibuat pun terjadi... Breakfast nasi lemak (RM 2 each) sambil melihat laut yang sangat cantik pada waktu pagi. Okeh, saya anggap je extra RM1 itu pakej melihat laut sambil makan.

5. Taman Rama-Rama. Kali kedua ke sini. Macam biasa. Ramainya pelancong. Rakyat tempatan macam saya ni jarang melencong ke sini. Untung jadi warganegara Malaysia, bayaran masuk RM10 (terasa agak mahal untuk pelajar..huhu). Not Malaysian= RM20. Suka masuk sini. Macam fairy tales. Penuh rama-rama. Taman pun cantik. Ada kolam ikan dengan ikan-ikan yang sangat besar. Lebih besar berbanding saiz bayi. Selain rama-rama, ada juga reptilia, burung dan amfibia.



Adik saya sangat pelik sebab tak suka bergambar. Okeh, adik tinggi daripada kakak. Kakak tiru gaya adik. Haha.


Kakak mengantuk. Kaki ni selalu salah parking masa bergambar. Ish!

6. Makan tengahari di Banana Cafe. Dekat dengan masjid di Bayan Baru. Hajat di hati nak makan pasembur. Tengahari buta mana ada kedai pasembur buka. (Kecewa). Makanan kat Banana Cafe ni best untuk makan tengahari je tapi.....agak mahal (bagi pelajar yang tak bergaji bulanan).

7. Queen's Bay Mall. Sangat besar. Disebabkan kaki saiz 7 dah berjalan sejak pagi, di sini kita menuju ke tempat sasaran sahaja ye.

8. Makan malam di Nurul Ikan Bakar. Wa..sangat best makan ikan bakar. Adik pun suka. Saya suka sebab adik tak pernah makan ikan bakar di restoran. Sangat suka dapat belanja adik makan ikan bakar (Cit, ayat budak sekolah! One more thing. Bukan saya yang belanja. Terima kasih abang long!)

9. Tesco Penang. Jalan-jalan sambil membandingkan Tesco Penang dengan Tesco Taiping (kalau tak salah Tesco kedua terbesar di Malaysia). Ternyata Tesco Penang tumpas. Eleh, padahal kat sini la asyik ulang-alik membeli dan 'blah'.

10. Pagi Ahad. Makan nasi lemak di Nasi Kandar Pelita. Suka! Abang long makan nasi kandar pagi-pagi hari. Ish, ish...

11. Kembali ke Stesen Bas Butterworth. Tempat saya jemput adik Jumaat lalu. Tempat yang tak ada tempat parking yang mencukupi untuk ibu bapa hantar anak-anak. Yela, takkan hantar je. Mesti tunggu sampai anak naik bas. Lambai-lambai sampai tak nampak dah bayang bas kan.Sedih...sedih... adik nak balik dah. Drama betul! Weekend depan kan nak balik rumah. Huh! Macam la duduk jauh sangat.

UAK

Selasa (20 April) ada Ujian Akhir Kursus. Subjek Hubungan Etnik. Rasanya study paling relaks untuk kertas ini. Ish, risau. Study lepak, result nanti janganlah rasa nak campak je. Slah sendiri ye. Penyakit M yang sangat tidak dapat dielakkan. Study tetap study! Alhamdulillah, dah selesai. Soalan struktur mengecewakan. Tak ingat jawapan. Isk!

AFTER UAK/ GASTRIK

Alhamdulillah sakit selepas exam. Bukankah sukar untuk belajar jika sakit semasa exam? Okeh, kali ini memang sakit teramat sangat. Dah lama sangat-sangat tak sakit macam ni. Rasa nak berguling-guling. Jumpa doktor yang tak sampai pun 2 minit tu, dapat ubat dan keluar RM30. Isk. Saya rasa saya gastrik. Wait and see for 2 more weeks. Saya, get well soon okay! Exam is just around the corner.


Elakkan minuman keras? Bukankah minuman itu cecair? Jika keras bukankah boleh dikategorikan sebagai makanan? (Okeh, dia buat-buat tak tahu.) Tahu. Tahu.
JANGAN MINUM ARAK.

Comments

amalmeor said…
mahu ke penang juga~
wirdati said…
Jmputlah datang..nanti saya bawak jalan-jalan. (^_^)
Misz ZeEE_Z0nE said…
hehe.. adakah mata saya silap?
nmpknye kamu sudah kurus.. mgkn krs lg dri saya.. huhuhu

p/s - bg tips ea.. jgn smpn sengsowg.. x baik kedekut ilmu taw.. heee ♥♥♥
wirdati said…
Serius ke saya nampak kurus? Oho.. berbunga hatiku. HAHA
Badan dah makin naik la zahira..cdy!! HAHA.. Maybe the black blouse make me look less chubby.
Ni kena diet ni. Ada orang puji I kurus...THANKS!!
Misz ZeEE_Z0nE said…
ye ke makin naik? aish.. gmbq2 kat fb pown nmpk lg krs brbndg kat sek dulu.. n u look much sweeter than be4.. dh bsr la katakan.. heeee
wirdati said…
Hehe...thanks kawan. I kena diet bersungguh2 lagi la camni. HAHA. Sweeter ye... nanti I blanje u chocolate indulgence (adoyai pompuan ni suda makan pujian)
Misz ZeEE_Z0nE said…
haha.. nsb baik kat tpg der secret indulgence... ♥♥

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan