Let us play!!!

Jom main masak-masak...

Dulu-dulu main masak-masak kutip daun-daun yang ada keliling rumah. Comel. Bawak bakul kutip sayur. Kalau ada budak lelaki nak main sekali, jadi ayah. Ayah buat apa? Ayah pergi kerja. Anak-anak pergi sekolah, tidur, makan. Watak utama mestilah emak. Maka berebut-rebutlah budak-budak yang nak pegang watak emak. So sweet. Dulu saya ada sebakul besar mainan masak-masak. Kalau kawan-kawan tak mahu jadi anak-anak, patung arnab pink yang abah beli akan jadi anak.

"Abah, arnab ni minum air!" Saya terkagum melihat air yang disudu ke mulut arnab habis 'diminum'. Abah senyum.


Peliknya, selepas habis secawan, kepala arnab jadi berat. Penuh dengan air. Okeh, saya belajar, patung arnab tu bukan minum tapi serap.

Zaman teknologi ni boleh lagi main masak-masak.



Wa..bestnya ada fridge macam ni. Tersusun je. Kemas. Neat and tidy! Wowowo.. Just some ingredients kena tukar. Wajib tukar!

1. Bacon = salted/smoked meat from the back or sides of a pig, often served in narrow thin pieces.

2. Ham = the upper part of a pig's leg.

3. Pork = tak tahu ketuk kepala!

Jangan nanti adik-adik or anak-anak cakap "Hari ni nak makan bacon , ham dan pork." Haru..haru... Tak boleh makan ye adik-adik. Anak-anak. Tahu tak, ada mainan yang budak-budak nyanyi 'Hamburger, hamburger...' Tukar. Jadi Henburger ke, fishburger ke..


Bestnya ada almari makanan macam ni. Tersusun. Lengkap pulak tu. Mengidam. Mengidam.

Nak main masak-masak lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan